MUAR: Dua individu termasuk bayi lelaki berusia 45 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 144.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, dekat Pagoh, awal pagi tadi.
Ketua Polis Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kemalangan pada 3.10 pagi itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh lelaki berusia 20 tahun terbabas sebelum dirempuh oleh sebuah lagi motosikal dari arah belakang yang gagal mengelak lalu merempuh kenderaan terbabas itu.
"Pada masa sama, sebuah kereta dinaiki lima sekeluarga tidak sempat mengelak dan terlanggar mangsa yang terbaring di atas jalan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kiri jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Raiz Mukhliz, penunggang berusia 20 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki yang berada dalam kereta berkenaan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
Katanya, lima lagi mangsa berada di HPSF untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh Pegawai Bomba Kanan II KUP Azarizam Mookri berkata sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai 18 anggota dari BBP Pagoh, BBP Bukit Gambir dan BBP Tangkak dikerah ke lokasi kejadian.
Katanya, mereka yang cedera dua lelaki, seorang wanita, masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berada dalam kereta terbabit serta seorang lagi penunggang motosikal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Dua individu termasuk bayi lelaki berusia 45 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 144.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, dekat Pagoh, awal pagi tadi. -Facebook Jr Bhotak Janggot

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki, bayi berusia 45 hari maut nahas dekat Pagoh
Motosikal ditunggang lelaki berusia 20 tahun itu dilapor terbabas sebelum dirempuh sebuah lagi motosikal dari arah belakang yang gagal mengelak.