KUALA PILAH: Seorang bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas timbalan menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah, hari ini atas tuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung tawaran tender projek kerajaan bernilai RM8 juta, Oktober tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Nasarudin Mahmud, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya seorang lelaki berkaitan tawaran tender projek kerajaan dengan harga RM8 juta dan telah dengan curangnya mendorong lelaki itu mempercayainya.
Mangsa kemudian telah memindahkan wang berjumlah RM382,000 ke dalam akaun tertuduh dan serahan wang tunai berjumlah RM67,000 yang mana lelaki itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Kesalahan itu dilakukan antara 6 Oktober 2022 hingga 18 Oktober 2022 di sebuah pejabat di Mukim Tampin Tengah.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashim manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Eddin Syazlee Shith dan Syed Amirul Syed Edros.
Muhammad Amirul pada hujahannya tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan di bawah seksyen berkenaan adalah tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau memohon jumlah jaminan yang setimpal.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jul 04 2023
Tertuduh, Datuk Nasarudin Mahmud hadir di Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah, hari ini. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Lelaki bergelar Datuk nafi tipu tawaran projek kerajaan bernilai RM8 juta
Seorang lelaki berhadapan tuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung tawaran tender projek kerajaan bernilai RM8 juta, Oktober tahun lalu.