Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maju Perak, Datuk Mansor Ahmad cedera parah di kepala manakala isterinya cedera di tapak tangan selepas ditetak oleh enam penyamun di hadapan rumah mereka dekat Meru Heights, Ipoh petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.35 petang itu, suami isteri berkenaan sedang bersiap untuk meninggalkan rumah mereka sebelum diserbu enam lelaki bermotosikal dan bersenjatakan parang.
Menurut anak mangsa, Raimi Mansor, ketika kejadian kedua ibu bapanya itu sedang dalam perjalanan memasuki kereta untuk ke hospital untuk melihat adik perempuannya yang baru melahirkan anak.
“Ketika mereka mahu membuka pagar tiba-tiba enam lelaki tersebut meluru masuk ke dalam rumah dan mula menghayunkan parang.
“Dua daripada mereka memasuki rumah yang ketika itu di dalamnya ada adik saya dan anak saudara saya berumur tiga tahun...mereka ambil emas ibu saya dan juga telefon adik saya itu.
“Ibu saya pula tendon tapak tangannya terputus akibat menepis hayunan parang salah seorang daripada penyamun bagi melindungi anak saudara saya umur tiga tahun itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Katanya lagi, ketika kejadian beliau berada di Kuala Lumpur dan menurut adiknya yang berada di dalam rumah berkenaan, kejadian tersebut berlaku dengan pantas.
Tambahnya kedua-dua ibu bapanya ketika ini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Sementara itu menurut seorang jiran mangsa, dia terdengar bunyi bising di rumah mangsa sewaktu kejadian.
“Ketika itu saya di luar dan isteri saya yang memberitahu rumah sebelah bising dan minta saya menelefon Datuk itu. Saya telefon Datuk tetapi isteri beliau yang angkat dan minta saya tolong, pulang dengan segera ke rumah datuk.
“Bila saya sampai di rumah, polis telah pun ada di pekarangan rumah tersebut,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.
Menurut sumber, polis kini sedang memburu enam suspek berusia 25 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
Polis percaya kumpulan tersebut telah terlibat dalam tujuh kes samun di Kajang, Rawang, Tapah, Gopeng, Slim River dan Ipoh.
Tambahnya, selepas satu jam kejadian samun di rumah Datuk berkenaan, kumpulan sama dipercayai melakukan samun di Taiping pula.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Abdul Rani Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Astro Awani
Thu Dec 22 2016

Menurut sumber, polis kini sedang memburu enam suspek berusia 25 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki berpangkat 'Datuk' parah ditetak dalam kejadian samun
Seorang lelaki berpangkat Datuk cedera parah selepas ditetak di dalam rumahnya ketika kejadian samun di Meru Heights, Ipoh petang tadi.