Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas ditikam seorang remaja yang menyamun mangsa dalam kejadian di sebuah medan selera, di Jalan Alma, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 40 tahun mengalami kecederaan di dada kiri, belakang badan dan bahu kiri akibat ditikam dengan pisau.
"Menurut saksi kejadian itu, suspek berusia 19 tahun yang bersenjatakan pisau bertindak mengejar mangsa dari hadapan sebuah pasar raya di situ sehingga ke medan selera tersebut.
"Mangsa ketika sampai di medan selera itu bertindak menjerit meminta tolong sebelum beberapa peniaga dan pelanggan di situ membantunya dan mereka turut berjaya menahan remaja berkenaan," katanya.
Katanya polis kemudian menahan remaja berkenaan dan merampas sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.
Nik Ros Azhan berkata mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut dan menurut doktor yang merawat terdapat lima kesan tikaman di badan lelaki itu.
"Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian belakang badan dan masing-masing satu kesan tikaman di dada kiri serta bahu kiri mangsa. Lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.
Beliau berkata remaja itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis SPT untuk siasatan lanjut dan dia akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman esok.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 40 tahun mengalami kecederaan di dada kiri, belakang badan dan bahu kiri akibat ditikam dengan pisau.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Dua termasuk wanita Indonesia ditahan bantu kes bunuh
ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita berusia 40-an dan lelaki berumur 36 tahun itu ditahan secara berasingan di Seberang Jaya dan Permatang Pauh.

Lelaki cedera ditikam remaja dalam kejadian samun
Mangsa yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan di dada kiri, belakang badan dan bahu kiri akibat ditikam dengan pisau.

Tujuh kaki judi termasuk warga emas ditahan
Seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang sedang leka bermain judi jenis yoke yang menggunakan papan mahjong ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Kecil, di sini malam tadi.

Curi kenderaan: Tujuh individu ditahan
Polis menumpaskan satu geng curi kenderaan selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa serbuan di sekitar negeri ini dan Kedah, sejak Khamis hingga tengah malam tadi.