JERTIH: Seorang lelaki ditahan polis selepas tertembak rakannya dengan peluru penabur sehingga cedera parah ketika memburu di hutan Rasil, Hulu Besut dekat sini awal pagi semalam (Sabtu).
Ketua Polis Daerah Besut Supt. Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai tertembak mangsa berusia 32 dalam kejadian antara 12 tengah malam dan 1 pagi ketika mereka bersama-sama keluar memburu pelanduk di hutan tersebut.
"Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan membawa selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri bagi tujuan memburu pelanduk.
"Semasa perjalanan pulang, suspek mendakwa telah tertarik picu senjata api berisi peluru yang dibawanya menyebabkan peluru terkena mangsa yang berada di belakang suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata lagi, akibat tembakan itu sebahagian badan mangsa dipenuhi lebih 50 biji peluru bebola bersaiz kecil termasuk di leher dan lengan.
Menurut Abdul Rozak lagi polis menerima laporan mengenai seorang lelaki terkena tembakan yang mendapatkan rawatan di Hospital Besut kira-kira 2 pagi hari kejadian.
"Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.
Katanya susulan kejadian itu suspek yang bekerja sendiri telah ditahan dan polis turut merampas selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri itu.
Abdul Rozak berkata saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia direman selama empat hari bermula hari ini hingga Rabu bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu mendatangkan cedera dengan sepucuk senjata tanpa alasan sah dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki senjata api atau amunisi tanpa lesen atau permit yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023

Suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan selaras senapang patah bagi tujuan memburu pelanduk. - Gambar hiasan
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

Anggota tentera maut terkena tembakan pemburu di hutan Song
Seorang anggota tentera maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh orang awam yang sedang memburu binatang di kawasan hutan.

Lelaki cedera parah akibat tertembak ketika memburu
Suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan selaras senapang patah bagi tujuan memburu pelanduk.

Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak
Seorang lelaki maut apabila terkena tembakan yang dilepaskan rakan sendiri semasa aktiviti memburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Merit, dekat sini, semalam.

Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.

Beruang matahari Malaysia terancam susulan China lulus penggunaan hempedu rawat COVID-19
Sarawak Forestry Corporation (SFC) melarang keras pemburuan haram beruang matahari atau hidupan liar lain di negeri itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemburu yang didapati bersalah.

Ketika rakyat diseru 'duduk rumah', sekumpulan pemburu haram sasarkan hidupan liar di hutan
Pasukan operasi telah terserempak dengan sebuah kenderaan dinaiki beberapa orang dalam keadaan mecurigakan.

Warga emas didakwa cuai, sebabkan kematian rakan ketika berburu
Abdullah Senan, 69, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Syazwan Ab Shukor.

Gajah pygmy dibunuh kejam: Polis lancar Operasi Khazanah buru suspek
Ketua Polis Daerah Tawau berkata pihaknya tidak akan membiarkan JHL bersendirian dan tanpa perlindungan polis, untuk membanteras perkara itu.

Myanmar musnahkan gading, tanduk dan tulang hidupan liar bernilai lebih RM5 juta
Semua barangan rampasan itu dimusnahkan secara pembakaran, sebagai isyarat negara itu serius membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar.

Pinda Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 - WWF Malaysia
WWF-Malaysia hari ini mengulangi gesaannya kepada kerajaan negeri untuk meminda Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 untuk memelihara dan menghalang pembunuhan gajah-gajah yang menghadapi ancaman di