KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan semalam selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis ketika membawa bersamanya 25 batang kabel disyaki dicuri di atas lori yang dipandunya.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata sebelum itu, suspek dikesan memandu lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sungai Chua, Kajang dan memecut sehingga di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan.
"Polis sekali lagi cuba menghentikan lori berkenaan tetapi dihalang oleh suspek yang melakukan aksi bahaya dengan bergerak (memandu) dari kiri dan ke kanan jalan raya tanpa memberi apa-apa isyarat yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
"Polis terus mengekori lori suspek sejauh 28.4 kilometer sehingga Plaza Tol Ayer Hitam, namun masih tidak berhenti dan terus melanggar palang tol dan meneruskan perjalanan ke arah Banting sehingga susur keluar ke Saujana Putra," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Zaid berkata apabila tiba di Plaza Tol Saujana Putra, lori tersebut sekali lagi melanggar palang tol di situ sebelum masuk ke Jalan Saujana Putra serta melanggar beberapa buah kenderaan di jalan tersebut.
Lori berkenaan akhirnya berjaya ditahan di Jalan SP 6/2 Bandar Saujana Putra dan suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau itu cuba terjun ke dalam tasik berhampiran untuk melepaskan diri namun berjaya ditangkap hasil bantuan orang awam, katanya.
Menurut Mohd Zaid, pemeriksaan mendapati selain 25 batang kabel yang telah dipotong pihaknya turut menemukan beberapa alat memotong kabel di dalam lori itu manakala ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberikan keterangan yang munasabah mengenai kewujudan kabel bersamanya semasa ditangkap.
Mohd Zaid menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Wan Noorhasmizan Wan Asri di talian 012-9548532 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Pemeriksaan polis mendapati selain 25 batang kabel yang telah dipotong, terdapat beberapa alat memotong kabel di dalam lori yang dipandu suspek. - Gambar hiasan
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas
Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Padang Terap, selepas panik dengan kehadiran polis yang melakukan serbuan dadah di kawasan itu, ditemukan lemas pada Isnin.

Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas
Seorang lelaki berusia 40-an yang cuba melarikan diri daripada ditahan polis dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa dekat Pokok Sena semalam.

Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas.

Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan
Pasangan kekasih dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas Skudai, pada Rabu.

Pemandu lari daripada polis, terjun Jambatan Pulau Pinang didenda RM2,800
Seorang penganggur dikenakan hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini selepas didapati bersalah menghalang tugas polis pada 9 Disember lalu.

Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan
Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini semalam.

Lelaki cuba lari pemeriksaan polis, disyaki curi 25 batang kabel diberkas
Suspek memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sungai Chua dan memecut sehingga di SKVE ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan.

Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis.

3 PATI cedera kereta masuk parit ketika lari daripada polis
Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor.

Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari
Seorang lelaki warga asing direman empat hari mulai hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh anggota polis dan ingkar arahan polis dalam satu insiden semalam.