TOKYO: Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki mencuri kira-kira 1,500 keping kad Pokemon di sebuah kedai di daerah Akihabara, Tokyo.
Menurut penyiasat, Masaki Omori dari Urasoe, Okinawa mengaku melakukan perbuatan tersebut atas arahan daripada seorang individu yang dikenali di Twitter.
Ia adalah kes terbaharu yang dikaitkan dengan beberapa kejadian rompakan kad Pokemon di seluruh Tokyo susulan harga kad terpakai dan jarang ditemui melambung tinggi di pasaran.
"Suspek akan diberikan ganjaran wang sekiranya berjaya membawa lari kesemua kad Pokemon tersebut.
"Tetapi malangnya suspek tidak menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan," menurut kenyataan polis.
Tambah kenyataan itu, kes berkenaan dianggap 'yami baito' iaitu pekerjaan sambilan yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.
Yami baito adalah istilah di mana kumpulan penjenayah mengeksploitasi individu terdesak mahu mendapatkan wang.
Tawaran yami baito biasanya disebarkan di media sosial dan mendapat sambutan sejak negara Matahari Terbit itu dilanda pandemik Covid-19 yang menyaksikan ramai individu kehilangan punca pendapatan.
Omori didakwa memecah masuk sebuah bangunan komersial di Akihabara sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) pada 12 April lalu.
Pemuda itu memberitahu dia mengikut arahan yang diberikan kepadanya.
"Dia terbang dari Okinawa sehari sebelum rompakan dan menyewa sebuah kereta di Ibaraki.
"Selepas itu dia menerima peralatan termasuk sarung tangan daripada seorang lelaki yang menunggu di kedai runcit di pinggir Tokyo.
"Omori menyerahkan kesemua kad Pokemon termasuk sekeping kad yang bernilai 160,000 yen (RM5,277) kepada lelaki itu selepas selesai melaksanakan tugasnya," kata penyiasat.
Nilai keseluruhan kad yang dibawa lari Omori dianggarkan berjumlah 1.15 juta yen (RM37,931).
Pokemon ialah siri permainan video yang dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh syarikat Nintendo berdasarkan siri anime televisyen popular di kebanyakan negara di dunia.
Kad-kad Pokemon terutamanya yang jarang ditemui boleh dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit.
Tahun lalu, sekeping kad promosi Pokemon, Pikachu Illustrator Holo dari tahun 1998 dilelong pada harga AS$900,000 (RM4.15 juta) dalam satu acara lelongan di Amerika Syarikat (AS).
Nilai itu adalah termahal yang pernah dibayar untuk sekeping kad Pokemon. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Jun 14 2023
Polis berkata kejadian rompakan kad Pokemon di Tokyo berpunca daripada harga yang melambung tinggi di pasaran. - Foto agensi
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Lelaki curi 1,500 keping kad Pokemon dicekup polis
Masaki Omori mengaku melakukan perbuatan tersebut atas arahan daripada seorang individu yang dikenali di Twitter.