Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mencuri barangan daripada sebuah farmasi sebelum menjualnya bagi tujuan mendapatkan wang untuk membeli bekalan dadah di Taman Selasih, Kulim, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata suspek yang berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya di taman sama pada pukul 6.35 pagi oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
"Pada 24 Feb lepas, semasa penyelia farmasi itu melihat rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV), dia mendapati suspek datang ke farmasi pada 22 Feb dan mencuri beberapa barangan yang disembunyikan di dalam topi keledar," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
"Ahad lepas, suspek datang lagi ke farmasi berkenaan, namun penyelia farmasi memintanya supaya tidak datang ke farmasi lagi. Lelaki itu tidak berpuas dan mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah sebelum beredar," tambahnya.
Beliau berkata penyelia farmasi itu kemudiannya melaporkan kejadian berkenan kepada polis dan selepas ditahan suspek mengaku mencuri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.
"Antara yang dicuri ialah minyak cap kapak, beberapa pembalut luka dan barangan lain yang masih belum dikenalpasti. Suspek yang mempunyai banyak rekod jenayah lampau termasuk dadah itu akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019

Suspek datang ke farmasi pada 22 Feb dan mencuri beberapa barangan yang disembunyikan di dalam topi keledar - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Akaun bank kosong, penagih cuba pecah mesin ATM untuk beli dadah
Seorang lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, disyaki akibat terdesak untuk membeli dadah.

Lelaki dipenjara sebulan, didenda RM6,000 curi baju Melayu
Curi baju dan jual semula untuk beli makanan dan dadah.

Lelaki curi barang farmasi, jual semula untuk beli dadah
Suspek datang ke farmasi pada 22 Feb dan mencuri beberapa barangan yang disembunyikan di dalam topi keledar.

Keji! Ibu gamak jual anak untuk beli alat solek
Media tempatan melaporkan ibu muda itu ditahan bersama dua 'pembeli' tersebut atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.

Cucu tikam nenek bertubi-tubi sebab tidak beri wang beli dadah
Mallina Udin, 75, mati dengan 12 kesan tikaman pada tubuhnya dipercayai oleh suspek yang juga seorang penagih dadah tegar.