Ahli perniagaan Noor Jan Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuduhan menghasut di bawah Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V. Kanasan di Kompleks Mahkamah Melaka di sini, pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata penahanan reman sehingga Sabtu ini adalah bagi membolehkanpihak polis menjalankan siasatan lanjut serta melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, polis membuat kawalan di hadapan pintu masuk kompleks mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Bagaimanapun tiada pengikut Noor Jan yang kelihatan di mahkamah sehingga dia dibawa meninggalkan kompleks itu dengan van polis.
Laporan sebelum ini menyebut polis mungkin akan menahan beberapa lagi pengikut Noor Jan bergantung kepada keperluan siasatan.
Noor Jan, 57, ditahan pada Selasa di Jeti Anjung Batu, Serkam ketika hendak menaiki feri ke Pulau Besar dipercayai bagi menghadiri satu upacara penyembelihan kambing sempena sambutan Maulidur Rasul.
Dia ditahan selepas polis menerima lapan laporan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dan curiga dengan tindakannya yang berterusan mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka. Noor Jan membuat dakwaan itu sejak lapan tahun lalu.
Noor Jan pernah disiasat pada 2006 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dia juga sebelum ini mendakwa mendapat pengiktirafan sebagai Sultan Melaka daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh mahkamah itu.
Raffi Bachik
Wed Jan 15 2014
![Lelaki dakwa Sultan Melaka ditahan reman 4 hari Lelaki dakwa Sultan Melaka ditahan reman 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/81389760456_295x200.jpg)
Raja Noor Jan Shah Raja Tuah (dua, kanan) yang ditahan pada pukul 10.50 pagi semalam di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin. --fotoBERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707116762_TBTONYPUAjpg.jpg)
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
![Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659350390_LogoPDRM.jpg)
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
![Roslizal Razali telah ditahan - PDRM Roslizal Razali telah ditahan - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681343793_roslizal.jpg)
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
![Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680153098_TBAARONAGO.jpg)
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
![Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/61525082282_nazriaziz.jpg)
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
!['Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri 'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649648751_TBNazriAziz.jpg)
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
![Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666912786_PolisNafi.jpg)
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
![Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651662264_MuhammadAdnanPitch.jpg)
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
![Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591788822_DatukAbdulJalilHa.jpg)
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
![Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609073746_WanAhmadFayhsal.jpg)
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.