AYER KEROH: Seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan diri dengan merempuh kenderaan dan menyerang anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Tertuduh, Wan Khairul Aslam Wan Mat, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan cara mengundurkan kereta dan melanggar kereta dipandu Sarjan Muhammad Haniff Hashim sehingga menyebabkan kerosakan dengan nilai kerugian RM2,358.15.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyerang dan menggunakan kekerasan jenayah kepada anggota polis yang sedang menjalankan kewajipan hingga menyebabkan kecederaan terhadap Lans Koperal Alif Danial Hermi.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kedua-dua kesalahan berkenaan dilakukan di Lorong Kekwa 11, Peringggit, Melaka kira-kira pukul 4.45 pagi, 4 Januari 2023 lalu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan RM10,000 dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.
Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan tertuduh merupakan penanggung utama ibunya yang merupakan ibu tunggal selain dalam perancangan untuk melangsungkan perkahwinan tahun ini.
Majistret Khairunnisak pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Mahkamah turut menetapkan 22 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Astro Awani
Thu Jan 18 2024

Wan Khairul Aslam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lelaki didakwa rempuh kereta, serang polis elak ditahan
Seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan diri dengan merempuh kenderaan dan menyerang anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Lelaki warga asing rempuh kereta polis ditahan
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak agresif merempuh sebuah kereta polis di hadapan Taman Kastam pada Ahad (3 Sept).

Polis lepaskan tembakan ke arah kereta dipandu pengedar dadah
Polis melepaskan enam das tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di Ayer Tawar, di sini petang tadi.

Polis lepaskan lima das tembakan selepas dirempuh
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan bagi menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh pemandu kereta malam tadi.

Cemas bawa dadah, lelaki rempuh kereta peronda polis
Cemas kerana membawa dadah, seorang lelaki bertindak merempuh sebuah kereta peronda polis, sebuah kereta dan motosikal dalam usaha melarikan diri.