AYER KEROH: Seorang penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menumbuk dan menendang isterinya gara-gara wanita itu menolak untuk menemani menyaksikan majlis tamat latihan adiknya, minggu lalu.
Tertuduh Kamal Ariffin Sehat, 40, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mazana, bagaimanapun, menolak pengakuan itu kerana ia dibuat ‘secara bersyarat’.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada isterinya yang berusia 39 tahun dengan cara menumbuk muka dan menendang bahagian belakang badan mangsa.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9 malam di sebuah premis di Taman Tanjung Minyak Perdana dalam daerah Melaka Tengah pada 8 Disember lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, lelaki itu mulai berang apabila isterinya menolak ajakannya untuk pergi ke majlis tamat latihan adiknya di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketika pengakuan dibuat, tertuduh bagaimanapun mengaku dia hanya menarik rambut dan menampar muka isterinya selepas mendakwa wanita itu telah memanggil ibunya sebagai anjing.
Justeru, mahkamah menolak pengakuan bersalah yang dibuat tertuduh selepas pihak pendakwaan turut ingin mengekalkan pertuduhan seperti yang telah dinyatakan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak menganggu mangsa dan perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan dia mempunyai tanggungan lima orang anak selain hanya bekerja sebagai penghantar makanan.
Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Mazana kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dan bersetuju dengan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan selain menetapkan tarikh 26 Januari depan sebagai sebutan semula dan lantikan peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Dec 13 2022

Tertuduh Kamal Ariffin Sehat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menumbuk dan menendang isterinya gara-gara wanita itu menolak untuk menemani menyaksikan majlis tamat latihan adiknya, minggu lalu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis tahan lelaki tumbuk isteri, anak selepas dirakam bawa balik teman wanita
Seorang isteri cedera ditumbuk suaminya selepas cuba merakam perbuatan lelaki itu membawa masuk wanita lain ke dalam bilik tidur mereka di sebuah rumah di Taman Desa Pauh, Pauh, di Arau.

Selepas tiga bulan Hafidz Roshdi akhirnya berjumpa anak
Pelakon Hafidz Roshdi berkongsi keceriaan bertemu dengan anak-anaknya.

Hafidz masih sayang isteri, mahu berbaik
Hafidz berkata, beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Pelakon tumbuk isteri ditahan polis
Pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada Sabtu bagi membantu siasatan kes itu.

Lelaki didakwa tumbuk, tendang isteri kerana enggan temani ke majlis adik
Penghantar makanan rayu jaminan rendah kerana perlu menanggung lima orang anak.

Gara-gara tidak dapat jumpa anak, lelaki tumbuk bekas isteri ditahan
Seorang lelaki memukul bekas isterinya hingga cedera dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Melur, Ampang.