KULIM:Seorang lelaki didakwa atas dua pertuduhan mengugut bunuh dan mencederakan isteri berusia 40 tahun menggunakan asid pada 28 September lalu.
Tertuduh Mohd Azhar Samsuddin, 42, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Che Rohana Ismail di Mahkamah Sesyen Kulim.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengugut hendak menyebabkan kematian terhadap mangsa dengan cuba menyimbah asid di hadapan Masjid Sungai Kob, Kulim kira-kira jam 7.45 pagi 28 September.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan khianat terhadap mangsa dengan memusnahkan harta milik mangsa pada tarikh dan waktu di tempat yang sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas faktor keselamatan terhadap mangsa.
Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kamal Pasha, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya.
Mahkamah menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Oct 11 2020

Mohd Azhar Samsuddin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengugut bunuh dan mencederakan isteri. -Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.

Avitan Shalom dipenjara tujuh tahun miliki peluru, senjata api
Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Avitan, 39, mengaku bersalah bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan dan mengambil kira keseriusan kesalahan memilik senjata api.

Nahas penuntut UiTM Dungun: Bicara kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Hakim membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk memindahkan kes Norizan Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.

Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai polis berpangkat ASP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM75,000 pada 2022.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Pengawal peribadi mengaku tidak bersalah tunjuk pistol terhadap pekerja kedai emas
Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua pekerja kedai emas semasa rompakan di sebuah pusat beli-belah.

Pengurus projek mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.