GEORGE TOWN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk mencederakan ibunya dengan menggunakan rotan minggu lepas.
Tertuduh Poh Lee Aik, 45, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim, dua pertuduhan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin dan satu pertuduhan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi .
Di Mahkamah Sesyen, Poh didakwa dengan sengaja mendatangkan keederaan terhadap ibunya yang berusia 69 tahun dengan cara memukul di badan dan kepala menggunakan rotan berulang kali, di sebuah rumah di Taman Lembah Hijau, Lorong Gangsa pada pukul 7 malam, 13 Feb lepas.
Dia dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat dengan mana-mana dua daripada hukuman itu serta boleh dikenakan hukuman penjara dua kali ganda dari tempoh maksimum.
Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan kesalahan yang serius selain tertuduh tinggal sebumbung dengan mangsa.
Poh yang tidak diwakili peguam, kemudian merayu agar dibenar diikat jamin atas alasan perlu mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan kerana menghidap penyakit darah tinggi selain perlu menanggung dua orang anak masih bersekolah di bawah jagaan bekas isterinya.
Mohammad Khalid bagaimanapun tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 19 Mac akan datang sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua dan ketiga , Poh didakwa di Mahkamah Majistret iaitu sengaja melakukan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap ibunya dan sengaja mendatangkan cedera terhadap mangsa dengan cara memukul di badan dan kepalanya menggunakan tangan berulang kali.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, lelaki itu juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes dan membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan serta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Poh didakwa atas satu pertuduhan memberi dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri pada pukul 6 pagi, 14 Feb lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Timur Laut.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen(15)(1) akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali serta menjalani perintah pengawasan bagi tempoh sehingga tiga tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi menetapkan 24 April depan untuk laporan patalogi dan membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Poh didakwa di Mahkamah Majistret iaitu sengaja melakukan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap ibunya dan sengaja mendatangkan cedera terhadap mangsa. - Gambar fail/Sinar Harian

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.

Lelaki dihadapkan ke mahkamah, pukul ibu guna rotan
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk mencederakan ibunya dengan menggunakan rotan minggu lepas.

Jemaah umrah meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi
Jemaah umrah tersebut dilaporkan rebah dan pengsan sejurus keluar dari pintu pesawat.

Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional dilancar Julai untuk kesan penyakit tidak berjangkit - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara.

Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya kawal penyakit - Dr Noor Hisham
Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya mengawal penyakit itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ramai tak sedar hidap NCD, KKM beri tumpuan semula - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan tumpuan semula kepada epidemik Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dalam kalangan kumpulan B40 sepanjang tempoh negara melalui fasa transmisi COVID-19.

Jaga-jaga dalam tempoh dua waktu ini, kritikal kerana risiko berlaku serangan jantung
Suatu ketika dahulu penyakit dan serangan jantung hanyalah kita anggap sebagani penyakit bagi mereka yang telah lanjut usia dan tua.

23 peratus rakyat Malaysia maut akibat penyakit jantung
Situasi itu amat membimbangkan kerana kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut.

Warga emas OKU ditemui mati, ada kesan kelar di leher
Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya, Gopeng, dekat sini, hari ini.