KOTA BHARU: Seorang duda tiga anak yang dipercayai dipukul ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah longkang tepi jalan berhampiran bulatan Chempaka, Pengkalan Chepa, di sini pada Ahad.
Lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan pada jam 10.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima maklumat berhubung kejadian pecah cermin kereta dan seorang lelaki tidak sedarkan diri dijumpai di dalam longkang.
“Mangsa adalah seorang duda yang berasal dari Tawang, Bachok dan mempunyai tiga anak.
“Mangsa bekerja sebagai mekanik bergerak dan memakai kemeja T berwarna putih serta berkain sarung ketika ditemui oleh orang awam di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa dipercayai diserang beberapa individu dan mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala.
“Lelaki itu kini dirawat di HRPZ II dan masih belum sedarkan diri serta memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Ujarnya, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian yang boleh mengganggu siasatan.
“Saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan boleh menghubungi Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Ismail ditalian 019-2454124 atau 09-7752200,” katanya.
Rakaman video mangsa dijumpai dalam longkang tersebut tular sejak Isnin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 12 2022

Tangkap layar rakaman video ketika mangsa ditemui dalam longkang tersebut tular sejak Isnin. (Gambar kecil: Mohd Rosdi)
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Lelaki dijumpai tidak sedarkan diri dalam longkang, dipercayai akibat dipukul
Mangsa adalah seorang duda yang berasal dari Tawang, Bachok dan mempunyai tiga anak.