KUBANG PASU:Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Korok, dekat sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.36 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Arizal Amir Hamzah tiba di lokasi pukul 1.44 petang.
Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia berusia 40 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
Tindakan anggota bomba setakat ini melakukan pencarian di permukaan air dan setakat ini Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama sebuah bot digerakkan ke lokasi untuk melakukan operasi mencari dan mengesan (SAR).
Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai enam anggota dan dua jentera.
Beliau berkata, setakat ini operasi pencarian masih diteruskan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 24 2020

Seorang lelaki berusia 40 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Korok, Kubang Pasu, Kedah pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Banjir: Lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal dihanyutkan arus di Felda Kerteh 3
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan yang dinaiki air.

Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.

Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas
JBPM Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki berusia 28 tahun itu pada 7.15 malam.

Lelaki dikhuatiri lemas, hilang lepas memancing di tali air
Mangsa dikenali sebagai Mohd Asrul Aafendy Shazali, yang dikatakan memancing di kawasan tersebut pada pagi Isnin.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika korek pasir di Sungai Perak
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan kerja-kerja mengorek pasir di Sungai Perak, dekat Kampung Kubang Pekan, hari ini.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 44 tahun dikhuatiri lemas ketika menyeberang Sungai Pergau pagi tadi.

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai
Mangsa berusia berusia 40 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Tinggalkan motosikal, terjun dari jambatan: Lelaki dikhuatiri lemas
Gerakan mencari mangsa dilakukan selepas menerima maklumat dari orang awam sekitar jam 10.30 pagi Isnin.

2 lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam saluran air rumah pam
Laporan awal mendapati dua orang mangsa dipercayai datang untuk memancing dan dipercayai terjatuh ke dalam rumah pam itu.