KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kedai barangan terpakai yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian ke atas rakan sekerjanya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Raventiran, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 31 Okt 2019.
Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, namun mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Mengikut pertuduhan pindaan itu, Raventiran didakwa dengan niat menyebabkan kematian terhadap R.Vijaya Kumar, 47, di sebuah premis di Jalan Sungai Besi, Cheras di sini antara 1.30 pagi hingga 12.34 tengah hari pada 31 Okt 2019.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd Hadi manakala peguam Stanley Clement Augustine mewakili tertuduh.
Seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 3 Mei 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Raventiran, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki dipenjara 17 tahun sebabkan kematian rakan sekerja OKU
Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap A. Raventiran, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pekerja kedai herba perubatan maut dipercayai dibunuh
Pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian yang menimpa lelaki tempatan berumur 31 tahun dikenali sebagai Boy itu pada kira-kira 1.15 tengah hari.

COVID-19: Kedai di Mid Valley dan The Gardens pula ditutup selepas staf didapati positif
Kes positif COVID-19 itu melibatkan staf di sebuah kedai jualan penjagaan kulit.