KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian ke atas gelandangan itu, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Choon Wei How, 46, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu.
Aslam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, sebaliknya membuktikan kes prima facie untuk suatu pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda.
"Setelah meneliti keterangan kes pendakwaan termasuk hujahan kedua-dua pihak (pendakwaan dan pembelaan), mahkamah mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, mahkamah mendapati terdapat elemen di bawah Seksyen 304(a) kanun sama.
Sehubungan itu, mahkamah menawarkan suatu pertuduhan pilihan terhadap tertuduh di bawah Sesyen 304 (a) Kanun Keseksaan. Memandangkan tertuduh membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan pilihan tersebut dan suatu nyawa telah hilang, suatu hukuman pemenjaraan yang panjang dikenakan terhadap tertuduh," kata Aslam ketika membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 31 Okt 2018.
Choon didakwa dengan niat menyebabkan kematian Lee Khim Kiat, 66, di hadapan sebuah rumah kedai di Jalan Genting Klang, Setapak di sini, pada 11.03 malam, 31 Okt 2018.
Seramai 14 saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 24 Feb 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Kitson Foong dan Vam Shir Mooi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Choon Wei How, 46, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu. - Gambar hiasan
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
Warga emas maut kereta dinaiki terbabas di LPT2
Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Tersilap tekan pedal, warga emas 83 tahun langgar kedai stesen minyak
Gara-gara tersilap tekan minyak, sebuah kereta terlanggar motosikal yang diparkir menyebabkan dinding kaca berdekatan stesen minyak di Taman Cindai Jaya, Sungai Petani runtuh.
Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.