Akibat melarikan diri dari tahanan polis, seorang lelaki yang sebelum itu ditahan atas kesalahan dadah, dihukum penjara selama 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas tertuduh Thuan Boon Heng, 59, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan, Thuan telah melarikan diri dari tahanan polis ketika sedang menerima rawatan di Tingkat 3A Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun lepas.
BACA: Tahanan lolos, lapan anggota polis direman empat hari
BACA: Tahanan lolos dibawa bertemu keluarga, bukan ke hospital - Polis Pulau Pinang
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Hamzah Azhan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Hamzah berkata, tertuduh mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan dadah, justeru beliau memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat supaya tidak melarikan diri daripada tahanan polis.
Thuan yang berbaju kuning dan berseluar pendek, serta memakai penutup muka, dalam rayuannya meminta supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana dia mempunyai penyakit batuk kering dan memerlukan rawatan.
Astro Awani
Fri Jul 14 2017

Tertuduh mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan dadah. - Foto Astro AWANI

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lari sejauh 2km sebab tak ada lesen, 'road tax' mati
Siasatan mendapati suspek mengaku melarikan diri kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pada 8 Oktober 2021.

Lari tinggal lori, bongkar penyelewengan minyak diesel - KPDN
Dianggarkan terdapat sejumlah 2,800 liter minyak diesel disyaki telah diseleweng bernilai RM6,020 di dalam tangki lori berkenaan.

Pesakit COVID-19 lari dari PKRC Kamunting, dua ditahan semula, seorang masih dicari
Menurut polis, dua daripada mereka berjaya ditahan semula manakala usaha mengesan seorang lagi sedang giat dijalankan.

Polis kenal pasti identiti dua daripada tiga individu lari dari kawasan PKPD
Dengan identiti yang diperoleh itu, polis yakin semua suspek dapat dikesan secepat mungkin.

Berita pesakit COVID-19 lari dari HRPZ II palsu - Pengarah
Hasil semakan butiran individu yang didakwa melarikan diri itu juga tiada dalam rekod kemasukan pesakit.

Benarkah senaman HIIT tidak baik untuk kesihatan?
Ramai menyatakan senaman itu berkesan untuk mereka namun kajian sebelum ini menyatakan terlalu banyak senaman HIIT tidak baik untuk kesihatan.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

Mahkamah Tinggi tolak habeas corpus Alvin Goh supaya dibebaskan serta-merta
Muhammad berkata permohonan itu telah menjadi akademik dan tiada isu langsung kerana Goh mencabar perintah reman 21 hari sebelum ini di bawah POCA.

COVID-19: Pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang ditemui semula di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 malam selepas dipercayai berjalan kaki daripada HPP hingga ke kawasan Bayan Lepas yang mana jaraknya kira-kira 25 kilometer.

Suspek utama Macau Scam lompat pagar SPRM ditangkap
Goh, 32 tahun, atau lebih dikenali sebagai Alvin, ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi ini bersama seorang wanita, dipercayai warga China, di sebuah hotel di pusat peranginan di Pahang.