Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Gombak awal pagi tadi yang dipercayai terlibat dalam kes menetak anak bekas Anggota Parlimen Pasir Puteh Ahad lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek yang berumur akhir 20-an itu diberkas di dalam rumah tersebut kira-kira 3 pagi tadi.
"Lelaki itu kini ditahan dan disoal siasat bagi membantu pihak kami mengesan kesemua suspek. Pihak kami juga tidak menolak kemungkinan kes ini berkaitan hutang dan dendam," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai Turus Gerakan Kuala Lumpur, DSP Jamaludin Hussin yang memangku pangkat Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur menyerahkan pangkat yang dipangkunya kepada Ketua Polis Daerah Brickfields, SAC Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.
Dalam kejadian serangan itu, Wan Mohd Faizal, 24, anak kepada Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan parang dan dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.
Semalam Wan Mohd Najib mendakwa anaknya mungkin diserang kerana rasa tidak puas hati oleh pihak lain akibat kalah dalam permainan snuker.
Beliau berkata sekumpulan lelaki yang menyerang anaknya dipercayai telah diupah oleh anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang kalah dalam permainan itu.
Bernama
Tue Nov 06 2012


Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Antara Tun Mahathir dan Azmin, siapa yang berbohong? - Annuar Musa
Kata Annuar, beliau sangat mengenali Tun Mahathir dan berpendapat ada kemungkinan kenyataan perdana menteri itu tidak bersifat literal.

Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik
Gesaan kepada pemimpin pembangkang supaya membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan adalah munasaba

Ahli Parlimen nafi beri wang sogokan untuk tarik balik laporan kes cabul
Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri tidak tahu keluarga mangsa telah bertindak menarik balik laporan tersebut.

PKR dakwa mangsa cabul disogok tarik balik aduan
Mohammad Faisol Abd Rahman mendakwa sehingga kini tiada tangkapan atau tindakan dikenakan terhadap bekas menteri itu.

Najib dan anggota Parlimen terima kunjungan peserta program Mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota-anggota Parlimen BN menerima kunjungan peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Ke-5 di Seri Perdana di sini.

Tiada istilah kekebalan pada anggota Parlimen langgar undang-undang - Abu Zahar
Tiada istilah kekebalan jika mana-mana anggota Parlimen mengeluarkan kenyataan berhubung kait isu hasutan semasa berhujah di dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.