KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang ditahan reman kerana disyaki menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata lelaki berusia 39 tahun itu dibebaskan memandangkan siasatan terhadapnya telah selesai.
Beliau berkata lelaki itu direman sehari bermula semalam bagi melengkapkan proses siasatan dan kertas siasatan polis akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai.
Difahamkan lelaki itu merupakan pemilik kelab komedi berkenaan.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini dua rakaman video yang dipercayai memaparkan lelaki terbabit melakukan persembahan komedi di kelab komedi itu, tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Pada Rabu lepas, seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi itu manakala teman lelakinya didakwa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Polis berkata lelaki berusia 39 tahun itu dibebaskan memandangkan siasatan terhadapnya telah selesai. - Gambar hiasan
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Sangkal program tiada manfaat, GMWA 2024 iktiraf kreativiti pencipta kandungan
Syazwan berkata dakwaan itu bergantung kepada individu untuk menilai kerana dunia digital tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Pemilik kelab komedi Crackhouse didenda RM8,000 buat hantaran video sentuh sensitiviti kaum
Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum.
Wanita tanggal baju kurung, tudung di kelab komedi didenda RM8,000
Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.
Mahkamah dengar permohonan semakan kehakiman pemilik kelab komedi 23 Mei
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman Crackhouse Comedy Club bagi mencabar tindakan DBKL.
Pengasas kelab komedi mengaku tidak bersalah dakwaan hantar komunikasi jelik
Tertuduh, Rizal Van Gezyel, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Abdul Razak.
Pemilik kelab komedi dituduh di mahkamah hari ini
Pertuduhan akan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah (Mahkamah Siber Kuala Lumpur).
Pemilik kelab komedi dakwa diugut
Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pemilik kelab komedi yang mendakwa keluarganya menerima ugutan bunuh.
Polis buru dua lelaki simbah cat di Crackhouse Comedy Club
Sebahagian cat yang dibaling oleh lelaki berkenaan turut terkena pintu utama sebuah bank tempatan berhampiran.
Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah
Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.
Kes hina Islam: Siti Nuramira, kekasih bayar ikat jamin RM40,000 - Peguam
Jumlah ikat jamin itu merupakan kutipan sumbangan orang ramai menerusi akaun bank pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, 'Lawyers for Liberty' (LFL).