Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental bertindak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama pemandu ketika dalam perjalanan pulang ke Indonesia berhampiran Jambatan Nyelong 2, di Sarikei, pada Khamis.
Bagaimanapun, suspek dan pemandu warga Indonesia, dari Sambas, Kalimantan Barat, berjaya keluar menyelamatkan diri daripada kenderaan berkenaan dalam kejadian sekitar jam 9 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Arfian Awang Bujang, berkata sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, penumpang (suspek) itu tiba-tiba menyalakan api menggunakan mancis dan seterusnya mengakibatkan berlaku kebakaran dalam kenderaan.
"Hasil siasatan mendapati pemandu dalam perjalanan menghantar suspek balik berjumpa keluarga di Indonesia.
"Lelaki itu akan diserahkan kepada keluarganya sebaik sahaja mereka tiba di balai," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin, berkata, sebaik sahaja menerima panggilan berkenaan kejadian itu, satu pasukan dengan kekuatan 10 anggota dan sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, api sedang marak membakar bahagian dalam kenderaan MPV Toyota Kijang dengan nombor pendaftaran Indonesia itu.
"Usaha memadam kenderaan berjaya dilakukan dalam tempoh 25 minit dan kenderaan itu musnah sepenuhnya," kataya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020
Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak membakar bahagian dalam kenderaan MPV Toyota Kijang dengan nombor pendaftaran Indonesia itu. -Foto ihsan Bomba
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Twitter tutup akses percuma untuk API
Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka.
Prasarana latih pemandu dan penyelia operasi MRT Jakarta
PRIME akan memberi latihan kepada penyelia operasi dan pemandu sistem Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta bermula April ini.
Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Enam kawasan di utara catat IPU sangat tidak sihat pagi ini
Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).
Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).
Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Kawasan yang mencatatkan bacaan paling tinggi sehingga pukul 7 pagi tadi adalah Samarahan, Sarawak dengan bacaan 111.
Bahaya jerebu halus dalam paru-paru
Zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi
Keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi.
Jerebu: Ketampakan rendah kurang 5km dijangka berterusan sehingga Sabtu
Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.