MUAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas kira-kira 1.2 juta batang rokok putih serta kretek dipercayai diseludup bernilai RM1.24 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Naib Kadir, Bukit Pasir, di sini, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata lelaki berumur 54 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang Jumaat, hasil risikan selama empat minggu oleh pasukan Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Beliau berkata pihaknya menemukan 118 bungkusan besar rokok pelbagai jenama terdiri daripada 4,000 karton selain turut merampas sebuah kereta Proton Wira, dua telefon bimbit dan wang tunai RM1,699 dalam serbuan itu.
"Ketika serbuan, lelaki itu sedang menyusun rokok-rokok berkenaan di rumah yang disewanya dan rokok-rokok itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar daerah sini, ini merupakan rampasan terbesar bagi tahun ini," katanya pada sidang media di IPD Muar di sini hari ini.
Raiz Mukhliz berkata lelaki itu direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu tiada pekerjaan tetap, dan mula terlibat dalam aktiviti jualan rokok seludup sejak setahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Raiz Mukhliz Azman Aziz (tengah) menunjukkan sebahagian rokok putih dan kretek tanpa cukai yang berjaya dirampas pihaknya dengan anggaran nilai rampasan sekitar RM1.24 juta. -Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Lelaki ditahan bersama rokok seludup bernilai RM1.24 juta
Polis menahan seorang lelaki dan merampas kira-kira 1.2 juta batang rokok putih serta kretek dipercayai diseludup bernilai RM1.24 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Naib Kadir, Bukit Pasir, d