KLANG: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul anak tirinya yang berusia enam tahun di rumahnya di sini pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an ditahan pada jam 8 malam.
Menurutnya, ibu bapa mangsa telah bercerai dan mereka bergilir-gilir untuk menjaga kanak-kanak perempuan berkenaan.
"Mangsa tinggal bersama ibunya dan kejadian itu berlaku semasa mangsa bersama suspek di dalam bilik pada 22 November (Isnin) selepas pulang dari taska.
"Mangsa telah memberitahu bapa kandungnya bahawa suspek telah menyentuh bahagian kemaluannya dan bapa kandung mangsa telah membuat laporan polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Khamis.
Hoong Fong berkata, ibu mangsa berkahwin dengan suspek sejak Januari lalu dan pihak polis sedang menyiasat sama ada kejadian tersebut merupakan yang pertama kali atau pernah terjadi sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, suspek direman enam hari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Lelaki ditahan cabul anak tiri
Sinar Harian
Thu Nov 25 2021

Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an ditahan pada jam 8 malam. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Lelaki ditahan cabul anak tiri
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul anak tirinya yang berusia enam tahun di rumahnya di sini pada malam Rabu.

Lelaki ditahan cabul anak tiri
Polis menahan seorang lelaki dua hari lepas bagi membantu siasatan mencabul anak tirinya di sebuah rumah di sebuah Felda sejak April lalu.

Penganggur menangis didakwa 15 pertuduhan seks luar tabii, cabul 2 anak tiri
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin dan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Kontraktor direman disyaki cabul tiga anak tiri
Tangkapan itu susulan laporan daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa ayah tirinya mencabulnya ketika ibunya tidur atau tiada di rumah.