KUALA LUMPUR: Seorang lelaki diberkas manakala dua rakannya sempat melarikan diri dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kepong (MRR2 Kepong) pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua suspek dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis di lokasi kejadian kira-kira jam 5.14 petang.
"Siasatan awal mendapati semasa kereta peronda polis (MPV) sedang membuat rondaan di kawasan MRR2, Jalan Kepong, telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Satria warna hitam.
"Hasil semakan sistem polis mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan tidak sama dengan jenis kereta yang dipandu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, anggota polis kemudiannya menghampiri kereta Satria tersebut namun secara tiba-tiba pemandu kereta bertindak memecut laju dengan cara berbahaya ke arah Kepong.
Beliau menjelaskan, keadaan jalan raya yang sibuk serta sesak menyebabkan pemandu terbabit melanggar beberapa buah kenderaan orang awam serta penunggang motosikal bagi mengelak ditahan polis.
"Salah seorang suspek berusia 25 tahun telah berjaya diberkas oleh pihak polis kerana kereta yang dipandu suspek telah terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di kawasan Metro Perdana, Jalan Kepong manakala dua lagi suspek telah melarikan diri," katanya.
Suspek yang ditahan itu jelasnya, mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, usaha mengesan dua lagi suspek yang masih bebas sedang dijalankan manakala suspek yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi membantu siasatan.
Semakan pihaknya turut mendapati kereta Satria terbabit dilaporkan hilang di Taman Melawati pada 9 April lalu.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Apr 18 2022

Hasil semakan sistem polis mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan tidak sama dengan jenis kereta yang dipandu. - Foto fail

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Dua lelaki lari daripada pemeriksaan polis ditahan
Polis menahan dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan kenderaan yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Kajang SILK, semalam.

Macron adakan mesyuarat tergempar susulan rusuhan di Perancis
Presiden Perancis Emmanuel Macron dijadual mengadakan mesyuarat tergempar ekoran rusuhan yang berterusan akibat kejadian polis menembak mati seorang remaja pada tiga hari lalu.

Rusuhan di Paris berlarutan untuk hari kedua
Penunjuk perasaan turut bertempur dengan anggota polis di bandar di utara Perancis, Lille.

Lari pemeriksaan polis rupanya bawa dadah
Suspek telah melanggar kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan kereta orang awam semasa cuba melarikan diri.

Lelaki ditahan cubaan lolos pemeriksaan polis, dua masih dikesan
Suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.

Tiga lelaki diberkas miliki permit pergerakan palsu
Tiga individu termasuk dua warga Indonesia ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Subang Hi-Tech.

Polis Kedah tahan pemandu mabuk dalam sekatan jalan raya
Lelaki itu ditahan dalam sekatan jalan pada jam 10 malam selepas didapati positif ketika menjalani ujian Screening Device (SD) II kerana melebihi paras alkohol yang dibenarkan.

Lelaki ditangkap menunggang motosikal dalam keadaan mabuk
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Lelaki elak diperiksa polis, perjudi nyawa wanita dan bayi berusia 22 hari
Gara-gara takut didekati pihak polis, seorang lelaki bertindak memecut keretanya sehingga sanggup melawan arus dan melanggar sekatan jalan raya dalam kejadian di Kolombong, Kota Kinabalu, pagi Rabu.