IPOH: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh ibu saudaranya dalam satu kejadian di Kampung Cina, Menglembu di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.10 petang tadi, berhubung kejadian seorang wanita yang pengsan dan tidak sedarkan diri, sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk siasatan lanjut.
"Setibanya di lokasi, pihak kami menemui seorang wanita yang terbaring di tepi katil dengan keadaan berlumuran darah.
"Pemeriksaan forensik mendapati wanita berumur kira-kira 70 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian dan terdapat sebilah pisau di belakang lehernya selain kesan tikaman dan kelar. Seorang lelaki, yang merupakan anak saudara mangsa berumur 40 tahun, ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Yahaya berkata mayat wanita tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, siasatan juga akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut, termasuk sama ada suspek mempunyai rekod sejarah perubatan dengan mana-mana hospital sebelum ini.
Sementara itu, seorang jiran mangsa A.Lingam, 37, berkata ahli keluarga mangsa ada memaklumkan bahawa suspek pernah meracau beberapa hari lepas, dipercayai akibat sakit mental yang dihadapinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh ibu saudaranya dalam satu kejadian di Kampung Cina, Menglembu di sini petang tadi. - Gambar hiasan
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Penganggur didakwa bunuh emak saudara
Tertuduh, Lee Hao Yi, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Marah dikongkong punca bunuh ibu saudara
Lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai menumbuk mangsa berusia 54 tahun berkali-kali hingga jatuh tangga sebelum mengurung mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam bilik selama empat hari.

Lelaki disyaki kelar ibu saudara sehingga mati direman seminggu lagi
Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan perintah reman bersambung seminggu lagi terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas.

Lelaki disyaki bunuh ibu saudara direman seminggu
Polis akan menyemak rekod kesihatan suspek bagi membantu siasatan kes bunuh ibu saudaranya yang berusia 73 tahun.

Lelaki ditahan, dipercayai kelar tikam ibu saudara sendiri
Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh ibu saudaranya dalam satu kejadian di Kampung Cina, Menglembu di sini petang tadi.

Penganggur didakwa bunuh adik dan ibu saudara di Baling
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majisret Baling atas dua pertuduhan membunuh adik dan ibu saudaranya di Kampung Linai, Parit Panjang.