MELAKA: Seorang lelaki disyaki aktif dalam kegiatan pecah masuk stesen pam minyak di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM50,000, ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata penahanan suspek berusia 32 tahun itu juga dipercayai dapat menyelesaikan 20 kes pecah stesen pam minyak di negeri terbabit.
"Suspek yang berkerja sebagai penghantar bungkusan barangan berjaya itu ditahan pada 15 Ogos lepas di Kuala Lumpur hasil risikan maklumat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan berjaya merampas kereta dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.
"Tangkapan ini juga susulan tiga laporan polis diterima sejak Mei lepas yang dibuat oleh pengusaha-pengusaha stesen pam minyak berkaitan kejadian jenayah itu yang mengakibatkan kerugian wang tunai dan kerosakan pintu kaca yang dipecahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Christopher berkata modus operandi suspek adalah menggunakan alatan seperti tukul besi untuk memecahkan pintu kaca untuk memasuki premis dan mencuri harta benda.
Katanya hasil saringan ujian air kencing juga didapati suspek positif dadah jenis syabu dan mempunyai rekod lampau jenayah melibatkan kes samun dan dadah.
"Suspek ditahan reman bermula 16 hingga 22 Ogos dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan,," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Seorang lelaki disyaki aktif dalam kegiatan pecah masuk stesen pam minyak di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM50,000, ditahan polis. - Gambar hiasan

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Suspek pecah masuk rumah pemain Selangor FC turut sasar kediaman lain
Suspek yang memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee di Shah Alam baru-baru ini dipercayai tidak hanya menyasarkan kediaman atlet itu.

Kieda Crepe rugi RM800,000 rumah dipecah masuk, cap jari suspek tiada dalam rekod
Seorang usahawan pencuci mulut mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas dipecah masuk penjenayah pada April lalu.

Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.

Lelaki ditahan dipercayai terlibat 20 kes pecah stesen pam minyak
Seorang lelaki disyaki aktif dalam kegiatan pecah masuk stesen pam minyak di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM50,000, ditahan polis.

Dadah disyaki punca sarjan pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang
Terdesak mendapatkan bekalan dadah dan faktor kewangan disyaki merupakan punca seorang sarjan sanggup memecah masuk stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.

Barang kes hilang, stor ekshibit IPD Sepang dipecah masuk
Polis mengesahkan stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dipecah masuk, pada Sabtu.

Polis buru tiga lelaki larikan barang kemas RM1 juta
Sebuah kedai emas di Tanjung Rambutan mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas dipecah masuk awal pagi tadi.

Geng Rongak aktif pecah masuk sekolah tumpas
Tiga suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu berjaya ditahan menerusi tiga serbuan yang dilakukan di daerah ini pada Selasa.

Polis tahan 2 lelaki Myanmar pecah masuk kedai pakaian
Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki memecah masuk sebuah kedai pakaian di Pandan Indah tiga hari lepas, melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.

PRN Johor: Pejabat UMNO Bahagian Mersing dipecah masuk
Pejabat UMNO Bahagian Mersing yang terletak di Jalan Ismail di sini dipercayai dipecah masuk selepas beberapa kelengkapan berharga premis itu didapati hilang.