BALIK PULAU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun sindiket penipuan dalam urusan pembelian kereta terpakai sehingga menyebabkan kerugian RM21,150 baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya di pekarangan Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kulim di Kedah pada Selasa.
"Mangsa seorang lelaki berusia 44 tahun berminat untuk membeli sebuah kereta terpakai jenis Mini Cooper (S) warna merah dengan harga RM37,000 setelah melihat iklan penjualan melalui laman sosial Facebook 'Car Giant Autos'.
"Lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu terus berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan membuat enam transaksi secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,150 sebelum menyedari telah tertipu kerana suspek masih meminta wang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut Kamarul Rizal, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket penipuan tersebut manakala suspek direman untuk siasatan lanjut kerana dipercayai memberikan kad bank kepada pihak lain untuk kegunaan jenayah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya di pekarangan Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kulim di Kedah pada Selasa. - Gambar hiasan
146.48 juta warga Indonesia dijangka lakukan perjalanan
Seramai 146.48 juta mewakili 52 peratus penduduk Indonesia dijangka akan melakukan perjalanan semasa cuti perayaan sambutan Aidilfitri 2025.
Perdagangan: Vietnam catat defisit luar biasa pada Februari
Sebagai hab pembuatan serantau, Vietnam sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi yang dipacu eksport dan menghadapi risiko daripada pertikaian perdagangan global, termasuk kemungkinan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat.
Kawasan terjejas banjir kini dalam proses pembersihan
Pihak berkuasa Jakarta Timur mengerahkan 285 anggota melalui pejabat alam sekitar bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Kos operasi eksport Thailand mungkin meningkatF
Kos operasi untuk eksport Thailand mungkin meningkat sebanyak enam ke lapan peratus secara purata memandangkan dasar tarif agresif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas barangan import.
China teruskan proses penghantaran pulang
China meneruskan proses menghantar pulang warganya dari pusat penipuan Myanmar melalui Thailand pada Khamis.

Laporan jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam sedia dibentang
Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam telah menyediakan laporan kajian.
As terus jadi rakan penting ASEAN - Vivian Balakrishnan
Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan Asean untuk mencari peluang bagi penglibatan peringkat tinggi dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat.
Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah
Status Malaysia sebagai negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif yang sedang dilaksanakan Amerika Syarikat.
Polis Thailand tahan 100 suspek didakwa terlibat dalam sindiket
Polis Thailand buat pertama kali menahan 100 suspek warga Thailand kerana didakwa terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian di Kemboja.
Tarif AS yang tinggi sukarkan pelaburan - Jepun
Hampir 90% syarikat Jepun menjangkakan dasar Trump akan menjejaskan perniagaan.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.

Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.

Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.

Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.

Lima keldai akaun termasuk tiga wanita ditahan
Polis menahan tiga wanita dan dua lelaki kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM180,962 dalam kejadian berasingan semalam.

Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000
Tiga lelaki dan tiga wanita ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar Pulau Pinang.

Tipu pelaburan Bitcoin: Lelaki disyaki keldai akaun ditahan sebabkan kerugian RM129,970
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.

Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Seorang warga emas antara empat individu ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan hingga menyebabkan kerugian RM161,856.76 dalam kejadian berasingan, baru-baru ini.