KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menghina agama Islam dengan mempersenda ucapan salam susulan satu klip video berhubung kes itu tular di media sosial.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Beliau berkata PDRM turut merampas dua telefon bimbit dan tiga keping sim kad milik suspek.
Menurut Noorsiah kes berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.
Selain itu, ia turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Suspek juga direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, sejak Task Force Siasatan 35R (Ruler/Religion/Race) ditubuhkan pada 22 Mac lepas, 18 kertas siasatan telah dibuka dan 12 individu ditahan.
Noorsiah berkata kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"PDRM menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan mempersenda yang boleh menimbulkan kemarahan dan rasa benci, mencetuskan ketidakharmonian dan perpaduan kaum, bangsa, agama bahkan boleh menyentuh sensitiviti sistem beraja.
"Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menghina agama Islam dengan mempersenda ucapan salam susulan satu klip video berhubung kes itu tular di media sosial. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.

Orang ramai diminta henti perbuatan hina agama di media sosial - Mohd Na'im
Seluruh masyarakat berbilang bangsa dan agama perlu gunakan platform media sosial untuk tujuan merapatkan hubungan serta mengeratkan perpaduan.

Lelaki ditahan hina agama, persenda ucapan salam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menghina agama Islam dengan mempersenda ucapan salam susulan satu klip video berhubung kes itu tular di media sosial.

Tujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka - Teo Nie Ching
Kerajaan juga tidak berhasrat untuk menyekat akses masyarakat kepada dunia digital menerusi pelbagai platform media sosial pada masa kini.

Akta sedia ada mencukupi untuk denda individu hina Islam - Idris
Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Hina agama: Tiada kompromi kepada pihak sengaja lakukan provokasi - Ahmad Marzuk
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama.

Lapor kepada pihak berkuasa jika Islam dihina, jangan ambil tindakan sendiri
Undang-undang di Malaysia adalah mencukupi untuk digunakan bagi menghukum individu yang menghina kesucian agama Islam.

Rasa kecewa, putus asa hadapi masalah hidup punca hina agama
Perasaan kecewa dan putus asa apabila berhadapan dengan masalah-masalah hidup menjadi antara kemungkinan seseorang bertindak menghina agama.

Tiada kompromi perlakuan hina agama, provokasi permusuhan
Rakyat diseru untuk lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian beragama dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.