BENTONG: Seorang lelaki ditahan selepas melarikan pakaian dalam wanita di Kampung Kemansur di sini pada Rabu.
Lelaki terbabit yang juga seorang warga asing berusia 36 tahun berjaya ditahan dalam serbuan di rumah sewa suspek kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas bapa mangsa berusia 54 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas bapa mangsa dimaklumkan oleh jirannya bahawa seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di kawasan rumahnya.
Menurutnya, tidak lama kemudian, anak perempuannya telah memberitahu bahawa beberapa pakaian dalam miliknya didapati hilang dari ampaian di belakang rumah mereka.
"Bertindak atas laporan polis, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong telah menahan seorang lelaki warga asing yang juga seorang penganggur.
"Suspek berjaya ditangkap hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Ujarnya, pihak polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam wanita dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam biliknya.
Tambahnya, suspek telah ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui samada saspek turut melakukan di kawasan-kawasan lain dalam daerah Bentong dan buat masa ini hanya satu laporan polis dibuat," katanya lagi.
Dalam pada itu, Zaiham meminta masyarakat agar terus berwaspada dan menghubungi pihak polis sekiranya mengesan sebarang bentuk pelakuan jenayah.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 05 2021
![Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623827339_TBGARI.jpg)
Seorang lelaki ditahan selepas melarikan pakaian dalam wanita di Kampung Kemansur di sini pada Rabu. -Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711663852_Israelisoldier.jpg)
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
![Polis tahan lelaki warga emas berkelakuan tidak senonoh Polis tahan lelaki warga emas berkelakuan tidak senonoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647300791_lelakibajuseluar.jpg)
Polis tahan lelaki warga emas berkelakuan tidak senonoh
Polis menerima laporan berkenaan seorang lelaki mencium pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan onani.
![Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623827339_TBGARI.jpg)
Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita
Polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam wanita dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam biliknya.
![Pembelian dalam talian pakaian dalam wanita meningkat sejak PKP - Kaji selidik Pembelian dalam talian pakaian dalam wanita meningkat sejak PKP - Kaji selidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585450046_ESHOPPING.jpg)
Pembelian dalam talian pakaian dalam wanita meningkat sejak PKP - Kaji selidik
Selain pakaian dalam wanita, serbuk gelatin dan juga kuali merupakan antara produk yang mencatatkan lonjakan jualan dalam talian sejak PKP bermula.