RANTAU PANJANG: Seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis pil kuda bernilai RM100,050 di kawasan Kampung Gual Pasung Hantu, di sini, pada Selasa.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Deputi Superintendan Ramesh Krishnan berkata, menerusi Op Wawasan, pada jam 11.30 malam, polis telah membuat rondaan dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.
"Polis menghampiri lelaki tersebut, walaupun (lelaki itu) cuba melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap.
"Hasil pemeriksaan ke atas lelaki tersebut mendapati satu bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi pil kemerahan yang dipercayai pil kuda telah dirampas. Rampasan keseluruhan dadah itu berjumlah RM100,050," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, rampasan itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak PGA akan terus mempertingkatkan serta mengetatkan kawalan sempadan dengan memantau pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok sehingga Pengkalan Kubor bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan," katanya lagi.
Wanna Abd Rahim
Wed Jun 08 2022

Seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis pil kuda bernilai RM100,050 di kawasan Kampung Gual Pasung Hantu, pada Selasa. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.

Enam rakyat Malaysia termasuk artis miliki pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat
Keenam-enam rakyat Malaysia yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat sebelum dibicarakan atas dua pertuduhan.

Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000
Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai.

Wanita antara empat individu ditahan seludup lebih 2,000 pil kuda
Empat individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki menyeludup 2,170 pil kuda di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lakota, Jeli, semalam.

Penganggur ditahan kerana edar pil kuda
Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cherang Ruku pada jam 6.30 petang.

Pengedar bergelut dengan polis, tak sempat jual 1,070 biji pil kuda
Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkait kesalahan dadah.

Lelaki miliki 1,840 biji pil kuda ditahan
Ujian saringan urin mendapati suspek positif methamphetamin. Bagaimanapun, suspek tidak mempunyai rekod lampau.

Lelaki ditahan miliki pil kuda bernilai RM100,050
Seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis pil kuda bernilai RM100,050 di kawasan kampung Gual Pasung Hantu.