GERIK: Seorang lelaki ditahan setelah menyerang dan cuba membunuh anggota polis berpangkat Koperal dengan kapak di kawasan kebun sawit Felda Bersia, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian itu berlaku ketika dua anggota polis iaitu Koperal dan Lans Koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Gerik menjalankan Operasi Tapis di lokasi tersebut.
Setelah itu katanya, mereka terserempak dengan suspek berusia 31 tahun sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5, sekitar jam 12 tengah hari.
"Suspek memberhentikan motosikalnya lalu turun dengan membawa sebilah kapak yang dipegang di tangan kanan dan sebilah parang di tangan kiri.
"Selepas itu, suspek bertindak membuang parang ke tanah dan terus berlari ke arah anggota polis lalu menyerang polis berpangkat Koperal menggunakan kapak.
"Koperal itu cuba menangkap suspek tetapi dia bertindak agresif dengan melibas kapak ke arahnya sehingga mendapat kecederaan di bahu kanan dan bengkak di kepala," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Zulkifli berkata, anggota polis tersebut kemudiannya bertindak mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan ke kaki suspek.
"Semasa hendak melakukan tangkapan, suspek tidak memberi kerjasama dengan cuba melarikan diri dan telah berlaku pergelutan.
"Setelah suspek berjaya ditangkap, hasil pemeriksaan ke atas badan suspek telah menjumpai satu paket lutsinar berisi cebisan tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja.
"Dan dua keratan straw berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam poket seluar hadapan sebelah kiri," katanya.
Justeru katanya, pihak polis telah membawa suspek ke Klinik Kesihatan Bersia yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Gerik dan akhirnya dirujuk ke Hospital Taiping bagi menerima rawatan susulan.
Manakala anggota polis berkenaan telah mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Bersia.
Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2)/ 6 Akta Dadah Berbahaya 1953.
Aida Aziz
Tue Oct 17 2023

Hasil pemeriksaan ke atas badan suspek telah menjumpai satu paket lutsinar berisi cebisan tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja. - Gambar hiasan

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Dua anggota polis tidak mengaku salah terima rasuah
Kedua-dua mereka dengan niat bersama secara rasuah memperoleh wang tunai sebanyak RM500 sebagai dorongan tidak ambil tindakan undang-undang.

Anggota polis putus dua jari kaki dilanggar penunggang panik
Insiden berlaku selepas suspek melanggar seorang anggota polis di hadapannya yang sedang menjalankan tugas bersama pasukan ronda cegah jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Anggota polis antara 32 yang ditahan dalam serbuan parti liar
Seorang anggota polis berpangkat Koperal antara 32 individu yang ditahan dalam serbuan parti liar di Sungai Petani.

Mangsa selamatkan Koperal daripada ditembak perompak
Mangsa yang juga tuan rumah kejadian rompakan di Taman Jelita di sini bagaimanapun hanya cedera ringan pada jarinya, manakala polis yang cuba ditembak perompak terbabit, cedera ditembak di tangan.

'Anak, isteri derita selepas saya ditahan kes kematian Dharmendran' - Koperal
Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPK KL ditahan reman selama lebih setahun di Penjara Sungai Buloh.