JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan dalam kes penipuan pembelian jam tangan dan beg berjenama membabitkan kerugian mencecah RM20 juta.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek berusia 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, Ahad lalu.
Ia susulan laporan daripada empat mangsa di daerah Johor Bahru dan Iskandar Puteri antara Ogos hingga bulan ini.
Katanya, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menawarkan jam tangan dan beg tangan edisi khas atau terhad jenama mewah kepada mangsa dengan harga jualan yang lebih murah berbanding harga pasaran.
"Mangsa akan berurusan secara bersemuka dengan lelaki itu dan setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, mangsa kemudiannya akan membuat pembayaran ke akaun bank yang diarahkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Kamarul Zaman, berkata setelah bayaran dibuat, lelaki berkenaan melarikan diri bersama wang yang telah dibayar oleh mangsa dan dia turut gagal dihubungi.
Katanya, mangsa adalah empat ahli perniagaan berumur antara 31 hingga 40 tahun.
Kamarul Zaman berkata siasatan juga mendapati lelaki tersebut turut terlibat dengan satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan menggunakan modus operandi yang sama.
Menurutnya, lelaki itu kini direman mulai hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Nov 25 2022
![Lelaki ditahan tipu jual jam, beg jenama mewah babit kerugian RM20 juta Lelaki ditahan tipu jual jam, beg jenama mewah babit kerugian RM20 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669391935_tipujamtangan.jpg)
Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menawarkan jam tangan dan beg tangan edisi khas atau terhad jenama mewah kepada mangsa dengan harga jualan yang lebih murah berbanding harga pasaran. - Gambar/ PDRM
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
![Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000 Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Peniaga katering didakwa tipu pelaburan ikan air tawar lebih RM600,000
Seorang peniaga katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM600,000 berhubung pelaburan pembekalan ikan air tawar.
![Pakej pelancongan Seoul: Kim Seri mohon maaf, polis terima 5 laporan Pakej pelancongan Seoul: Kim Seri mohon maaf, polis terima 5 laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734510617_tbKimSeri.jpg)
Pakej pelancongan Seoul: Kim Seri mohon maaf, polis terima 5 laporan
Kim Seri tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan memulangkan semula wang pelanggan terjejas sebelum atau pada 1 Februari 2025.
![Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734090148_TBCourtHammer.jpg)
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
![Ejen unit amanah bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan tipu, palsu dokumen Ejen unit amanah bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan tipu, palsu dokumen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725617778_AzwanAbooMansoor.jpg)
Ejen unit amanah bergelar Datuk didakwa atas pertuduhan tipu, palsu dokumen
Seorang ejen unit amanah bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan menipu Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).
![Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721895617_TBJaim.jpg)
Bekas pegawai tadbir JAIM didenda RM50,000 perdaya guru sandaran
Bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, kerana memperdayakan seorang guru sandaran tidak terlatih.
![Buruh dipenjara 21 tahun, 14 sebatan, tipu skim bantuan e-Kasih tidak wujud Buruh dipenjara 21 tahun, 14 sebatan, tipu skim bantuan e-Kasih tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721808503_kestipumahkamah.jpg)
Buruh dipenjara 21 tahun, 14 sebatan, tipu skim bantuan e-Kasih tidak wujud
Mahkamah diberitahu, tertuduh menyasarkan golongan warga emas sebagai mangsa, termasuk peniaga dan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Ipoh.
![Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720583866_HandcuffGari.jpg)
Kes tipu yuran guaman: Aktivis perjuang kematian anak ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang aktivis yang memperjuangkan kes kematian anaknya di rumah pengasuh, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.
![Kes tipu: Lelaki warga emas ditahan, mangsa rugi RM120,000 Kes tipu: Lelaki warga emas ditahan, mangsa rugi RM120,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700903158_LogoPDRM.jpg)
Kes tipu: Lelaki warga emas ditahan, mangsa rugi RM120,000
Terlibat dalam kes penipuan urusan tawaran pelaburan projek tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM120,000.
![Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020605_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Ahli perniagaan diperintah bela diri tuduhan tipu bekal sarung tangan
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap pertuduhan menipu seorang usahawan wanita berhubung pembekalan sarung tangan ketika pandemik COVID-19.