KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah premis di Lorong Bukit Ceylon, Bukit Bintang, awal pagi tadi.
Mangsa yang berusia 28 tahun itu, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada isteri mangsa kira-kira 4.15 pagi.
Beliau berkata setakat ini, polis menahan seorang suspek warga tempatan berusia 20 tahun di sekitar ibu negara untuk membantu siasatan kes berkenaan.
"Polis telah menjalankan siasatan berkaitan kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Zainal berkata mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut mempunyai kesan lebam di kedua-dua pergelangan tangan dan di dahinya.
Selain itu, beliau berkata hasil siasatan awal mendapati tempat penemuan mangsa itu telah didaftarkan menggunakan nama rakan mangsa.
"Motif pembunuhan dalam kes ini masih dalam siasatan dan proses bedah siasat terhadap punca kematian mangsa sedang dijalankan," katanya sambil memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kes itu.
Bernama
Sat Jul 31 2021

Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut mempunyai kesan lebam di kedua-dua pergelangan tangan dan di dahinya. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di Bukit Bintang
Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah premis di Lorong Bukit Ceylon, Bukit Bintang, awal pagi tadi.

Peserta protes dihalang masuk Dataran Merdeka sebelum bersurai secara aman - Polis
Polis berjaya menghalang kira-kira 400 peserta protes kerajaan gagal yang cuba memasuki kawasan Dataran Merdeka pada Sabtu.

Polis lupus peralatan judi, pelacuran bernilai RM900,000
Kesemua hasil rampasan itu dibuat sepanjang tempoh 2019 sehingga Mei 2021.

Video tular dakwa restoran beroperasi lebih masa tidak benar - PDRM
Video tular mendakwa restoran berkenaan beroperasi lebih masa adalah tidak benar berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan pihak polis.

PKP 2.0: Pematuhan SOP tinggi dalam kalangan masyarakat di ibu negara - Polis
Hari ketiga Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terutamanya di ibu negara.