Seorang lelaki ditemui meninggal dunia ketika bersenam di tasik Taman Gelora di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata Azman Jusoh, 44, dari Bandar Putra di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 8.53 pagi.
Katanya pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan keadaan lelaki berkenaan sebelum seorang pegawai dan dua anggota dari Balai Polis Kuantan dikejarkan ke lokasi.
"Saksi di tempat kejadian mengatakan ternampak mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tepi tasik.
"Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati dia telah meninggal dunia dan telah dibawa ke bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah pada jasad mangsa dan punca kematian kini dalam siasatan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Aug 27 2018

Mangsa telah dibawa ke bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.

Lelaki maut bergaduh depan kedai
Seorang kakitangan awam maut dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala di sini.

Ngeri! Petani jadi santapan sang buaya
Kehilangan misteri seorang petani di barat laut Indonesia akhirnya terjawab apabila lelaki tersebut sebenarnya mati dibaham buaya.

Lelaki ditemui meninggal dunia semasa bersenam
Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan keadaan lelaki berkenaan sebelum terus bergegas ke lokasi.