Seorang lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan dipercayai miliknya di Mantin, Nilai, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Supt Mohd Faisal Mohd Nor berkata lelaki yang berusia lingkungan 39 tahun itu ditemukan seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di pencawang telekomunikasi pada 6.45 petang di Jalan Bukit Mantin, di sini.
"Pengawal keselamatan itu telah bertindak mengetuk pintu kereta jenis Toyota Camry beberapa kali namun lelaki tersebut tidak memberi respon sebelum menghubungi polis.
"Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Mantin.
"Hasil pemeriksaan luaran kereta berkenaan mendapati terdapat satu hos mesin basuh warna putih sepanjang 2.02 meter disambungkan dari ekzos kereta terus ke tempat duduk belakang melalui bonet kereta," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohd Faisal berkata hasil bedah siasat yang dilakukan pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban mendapati tiada unsur khianat atau perlakuan jenayah terhadap lelaki itu.
"Pemeriksaan pada badan lelaki itu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau pergelutan berlaku malah barangan peribadi mangsa seperti beg sandang yang mengandungi identitinya serta dompet masih bersamanya," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2017
![Lelaki ditemukan mati di dalam kereta Lelaki ditemukan mati di dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478840402_Bodies.jpg)
Hasil bedah siasat yang dilakukan atas mayat pagi tadi mendapati tiada unsur khianat atau perlakuan jenayah terhadap lelaki itu. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kaedah advokasi bagi kesalahan ubah suai ekzos motosikal, ini kata JPJ... Kaedah advokasi bagi kesalahan ubah suai ekzos motosikal, ini kata JPJ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617030775_OpEkzos.jpg)
Kaedah advokasi bagi kesalahan ubah suai ekzos motosikal, ini kata JPJ...
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengguna pakai dua pendekatan advokasi terhadap kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.
![Kesalahan ekzos bising hanya dikenakan tindakan advokasi setakat ini - Wee Ka Siong Kesalahan ekzos bising hanya dikenakan tindakan advokasi setakat ini - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616911270_OpEkzos.jpg)
Kesalahan ekzos bising hanya dikenakan tindakan advokasi setakat ini - Wee Ka Siong
Perkara itu telah dimaklumkan oleh beliau kepada Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman.
![Pemilik lori didenda RM60,000 lepas asap hitam lebih had Pemilik lori didenda RM60,000 lepas asap hitam lebih had](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615994305_TBASAPEKZOSx.jpg)
Pemilik lori didenda RM60,000 lepas asap hitam lebih had
OKS didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(3) akta yang sama.
![817 saman dikeluarkan menerusi Op Khas-Ekzos Bising 817 saman dikeluarkan menerusi Op Khas-Ekzos Bising](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615846059_OpKhasEkzosBising.jpg)
817 saman dikeluarkan menerusi Op Khas-Ekzos Bising
Kesemua saman terhadap individu berumur antara 13 dan 22 tahun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 4,440 kenderaan.
![Tiga juta pil eramin 5 disembunyi dalam ekzos motosikal dirampas Tiga juta pil eramin 5 disembunyi dalam ekzos motosikal dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549611237_EKZOS.jpg)
Tiga juta pil eramin 5 disembunyi dalam ekzos motosikal dirampas
Cubaan menyembunyikan kira-kira 3 juta biji pil eramin 5 di dalam 1,248 batang besi ekzos motosikal gagal apabila kesemua dadah bernilai RM60 juta itu berjaya dirampas di Pelabuhan Klang, Selangor.
![Lelaki ditemukan mati di dalam kereta Lelaki ditemukan mati di dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478840402_Bodies.jpg)
Lelaki ditemukan mati di dalam kereta
Lelaki yang berusia lingkungan 39 tahun itu ditemukan seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di pencawang telekomunikasi pada 6.45 petang di Jalan Bukit Mantin, di sini.