KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemukan maut selepas tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan di hadapan deretan kedai di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berkait kejadian itu pada jam 10.17 malam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihak kesihatan mengesahkan mangsa berusia 45 tahun itu meninggal dunia pada jam 10.30 malam.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Rosdi barkata, hasil bedan siasat mendapati kematian lelaki tersebut berpunca daripada masalah saluran darah jantung tersumbat.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Pihak polis juga mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 03 2024

Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di hadapan deretan kedai di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Selasa. - Foto ihsan pembaca

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Lelaki ditemukan maut dalam kereta
Seorang lelaki ditemukan maut selepas tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan di hadapan deretan kedai di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa.