MANJUNG: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam satu kejadian di Lumut dekat sini pada Jumaat.
Mayat mangsa warga Myanmar berusia lingkungan 40-an itu ditemui dalam kawasan kolam udang oleh majikannya sekitar jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, maklumat awal mendapati, sebelum kejadian mangsa bersama suspek minum minuman keras sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan.
"Mayat mangsa dijumpai dalam kolam yang digunakan sebagai tempat pembuangan sisa kotoran dan hasil pemeriksaan terdapat satu tikaman di bahagian dada disyaki dilakukan suspek.
"Majikan mangsa berusia 53 tahun memaklumkan, suspek yang merupakan rakan sekerja mangsa juga warga Myanmar didapati tidak datang bekerja sejak hari kejadian disyaki cuba melarikan diri," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek dilakukan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi mengetahui punca kematian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 012-5077026 untuk membantu siasatan," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023
![Lelaki ditikam rakan sekerja sebelum dicampak dalam kolam Lelaki ditikam rakan sekerja sebelum dicampak dalam kolam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692172936_TBpdrm.jpg)
Usaha mengesan suspek sedang dilakukan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Gambar hiasan
![Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738899754_TBkenderaanberat.jpg)
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
![Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738899395_TByadim.jpg)
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
![Chad umum Kabinet baharu Chad umum Kabinet baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738898086_TBMahamatIdriss.jpg)
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737951686_PalestiniansGaza.jpg)
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738896678_TBgrabgoto.jpg)
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738895856_TBBelasungkawaRosl.jpg)
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
![Lelaki ditikam rakan sekerja sebelum dicampak dalam kolam Lelaki ditikam rakan sekerja sebelum dicampak dalam kolam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692172936_TBpdrm.jpg)
Lelaki ditikam rakan sekerja sebelum dicampak dalam kolam
Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam satu kejadian di Lumut dekat Manjung.