Seorang buruh ladang sawit warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya.
Tertuduh, Junianto, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Melayu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Tertuduh didakwa membunuh warga tempatan, Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran pondok tidak bernombor di Kampung Beril, Paka, jam 2.45 pagi, 12 Februari lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Syafiq Aizat Nazri di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh .
Dalam kejadian itu seorang buruh ladang sawit dari Kampung Bukit Nangka Santong, Paka cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekerjanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka, Dungun.
Manakala isterinya, Rosnah Muhamed, 34, turut cedera di tangan akibat ditetak suspek.
Suspek berjaya ditahan kira-kira jam 9 pagi pada hari kejadian ketika bersembunyi di belakang rumah kongsi berkenaan.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Astro Awani
Thu Feb 20 2020

Tertuduh, Junianto, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang dibacakan jurubahasa. - Foto Astro AWANI

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Pemandu e-hailing dituduh bunuh kanak-kanak lelaki 4 tahun
Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal bulan ini.

Tiga lelaki, seorang wanita didakwa bunuh ejen insurans
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ejen insurans.

Suspek rempuhan perarakan di Waukesha hadapi lima pertuduhan membunuh dengan sengaja
Seorang lelaki berdepan lima pertuduhan percubaan membunuh dengan sengaja selepas memandu merempuh perarakan percutian yang diadakan di Waukesha.

Man Siam dituduh membunuh
Seorang penjaga reban ayam yang juga dikenali sebagai 'Man Siam' didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lalu.

Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki dituduh tetak rakan setugas sampai mati di Dungun
Seorang buruh ladang sawit warga indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya.

Datuk nafi terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong
Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong.