KOTA BHARU: Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam sebuah kebun jagung dipercayai ditikam oleh rakannya selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama, di sini, hari ini.
Mangsa dijumpai mati di kawasan kebun jagung berhampiran rumah disewa oleh suspek itu pada sekitar jam 8.30 pagi.
Jiran suspek, Tengku Nur Ayuni Tengku Ismail, 29, berkata mangsa dipercayai menaiki basikal datang ke rumah yang disewa suspek pada waktu solat subuh tadi.
"Pada jam 8 pagi, saya terdengar bunyi bising orang bergaduh dalam rumah selama 10 minit. Kemudian keadaan senyap seketika, kira-kira 8.30 pagi, saya melihat suspek memegang sebilah pisau yang penuh dengan darah di kebun jagung yang terletak di belakang rumah sewanya.
"Suspek kemudian berdiri di hadapan rumah sewanya dalam keadaan bingung dan jiran-jiran meminta dia meletakkan pisau berkenaan sebelum kami menghubungi polis," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.
Seorang jiran, Siti Asmak Mohd Zain, 27, berkata suspek menyewa rumah tersebut sejak tiga bulan lalu dan mangsa juga pernah menyewa rumah berkenaan sebelum berpindah ke rumah lain.
"Rumah ini didiami dua keluarga. Suspek tinggal bersama isterinya, selain itu rumah berkenaan turut didiami satu lagi pasangan suami isteri bersama seorang anak mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan masih dijalankan.
--BERNAMA
TAG: maut, Rohingya, kebun, jagung, Melor, Muhamad Zaki Harun, pisau
Bernama
Tue Oct 17 2023

Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam sebuah kebun jagung dipercayai ditikam oleh rakannya selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama, hari ini. - Foto Sinar Harian

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Suspek kes bunuh isteri, dua anak disambung reman tujuh hari lagi
Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.

Lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam kebun jagung
Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui maut dalam sebuah kebun jagung dipercayai ditikam oleh rakannya selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama, hari ini.

Tahanan Imigresen lolos: Polis kenal pasti dalang rusuhan
PDRM telah mengenal pasti seorang lelaki etnik Rohingya berusia 30-an yang dipercayai menjadi dalang rusuhan di Depot Imigresen Sementara Relau.

Lari dari tahanan, 'Long Tiger' dipenjara 12 bulan
Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sdi hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.

'Long Tiger' dicekup semula
'Long Tiger' atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid dicekup dalam operasi khas yang dijalankan oleh sepasukan polis.

Long Tiger buat hal, lolos dari lokap mahkamah
Long Tiger melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak sekitar pukul 11.55 pagi ini.

#diaadalahkita: Kempen bantu lelaki Rohingya berjaya kumpul RM165,000 dalam tiga hari
Faiz menceritakan, isteri Abrar yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka, tiba-tiba sahaja tidak dapat melihat.