TAWAU: Mahkamah Sesyen Tawau di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki warga Filipina dihukum penjara empat tahun dan denda RM200,000 selepas mengaku bersalah memiliki organ-organ penyu hijau (Chelonia Mydas) di Semporna, minggu lepas.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud turut memerintahkan tertuduh, Suryan Sah Mohd Edi, 31, dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda.
Mengikut kertas pertuduhan, Suryan Sah didakwa melakukan kesalahan memiliki 13 keping plastron dan 25 keping sisik marginal penyu hijau di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 10 pagi, 29 Mac lepas.
Spesies penyu tersebut dilindungi sepenuhnya mengikut senarai dalam Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 8 Enakmen Pemeliharaan Hidupan liar 1997.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Hukuman ke atas tertuduh dibuat mengikut Seksyen 41(1) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250,000 selain penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.
Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata tertuduh adalah seorang penjenayah alam sekitar dan mahkamah perlu bertegas dalam perkara terbabit.
"Jadi, ini enam tahun penjara (empat tahun hukuman asal, dua tahun jika gagal bayar denda), tiada maaf bagimu penjenayah alam sekitar, kalau mahkamah tidak tegas maka lama-kelamaan hidupan liar di laut akan pupus, ini merupakan amaran keras kepada penjenayah alam sekitar lain.
"Item rampasan yang ditemukan bersama tertuduh sewaktu kejadian seperti kapak dan tukul ini juga, sudah menunjukkan yang penyu ini dibunuh dengan kejam," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh diusir ke negara asal selepas menjalani hukuman selain mengarahkan pihak pendakwaan melupuskan kesemua barang rampasan iaitu plastron, sisik marginal penyu, perahu, enjin bot, sebilah pisau, kapak, tukul dan 'google mask' dengan sijil lupus dikeluarkan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Abdul Karim Dakog sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Suryan Sah didakwa melakukan kesalahan memiliki 13 keping plastron dan 25 keping sisik marginal penyu hijau di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 10 pagi, 29 Mac lepas.- Gambar hiasan
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

Polis selamatkan budak perempuan dieksploitasi jadi peminta sedekah
Bilik yang menempatkan mangsa disyaki jadi mangsa eksploitasi bagi meminta sedekah di Klang diserbu polis pada Isnin lalu.

Lapan pengawal keselamatan warga Filipina dipenjara guna kad pengenalan palsu, milik orang lain
Lapan pengawal keselamatan warga Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara antara empat hingga 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Keselamatan ESSZone aman dan terkawal - ESSCom
Dakwaan 10 lelaki bersenjata warga Filipina menyusup masuk di perairan Tambisan masih dalam siasatan.

Rusuhan di Depoh Tahanan Imigresen Kota Kinabalu berjaya dikawal
JIM Sabah dengan kerjasama PDRM berjaya mengawal rusuhan membabitkan 400 tahanan warganegara Filipina di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kota Kinabalu.

Padah memburu penyu, warga Filipina dipenjara empat tahun, didenda RM150,000
Tertuduh Nasdi Bilnati, 18, didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Julai 2021 di perairan pulau Omadal Semporna pada jam 12.30 tengah hari.

Hanya kerana upah RM20, lelaki warga asing berdepan hukuman mati
Lelaki Filipina berusia 42 ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 50.71 gram di Kampung Vietnam, Tawau, Sabah, Rabu lepas.