IPOH: Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Perak masih boleh dikenakan tindakan atas kesalahan itu di bawah undang-undang syariah negeri berkenaan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim berkata ini kerana Seksyen 30 Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992 masih terpakai dan boleh digunakan untuk mendakwa individu yang melakukan perbuatan itu.
"Mengikut Seksyen 30(1), sesiapa yang memikat seorang perempuan bersuami atau membawanya lari atau dengan apa-apa cara mempengaruhi beliau supaya meninggalkan rumah tangga yang ditentukan oleh suaminya adalah bersalah...
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan itu kembali kepada suaminya," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 21 Dis lepas, Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata individu yang melakukan kesalahan itu masih boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang jenayah syariah negeri berkenaan.
Dianggap sebagai tidak berperlembagaan, Mahkamah Persekutuan pada 15 Dis lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan selepas mendapati ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina yang bertentangan dengan Perkara 8(2).
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan yang merujuk persoalan berhubung perkara tersebut iaitu sama ada Seksyen 498 tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Harith Fadzilah berkata Seksyen 30 Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992 masih terpakai dan boleh digunakan untuk mendakwa individu yang melakukan perbuatan itu. - Foto JAIPk
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lelaki goda isteri orang di Perak masih boleh didakwa ikut undang-undang syariah negeri
Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Perak masih boleh dikenakan tindakan atas kesalahan itu di bawah undang-undang syariah negeri.