SUNGAI PETANI:Seorang lelaki berusia 44 tahun direman selama empat hari selepas didakwa mengeluarkan kata-kata jelik dan memfitnah empat anggota trafik yang sedang menjalankan tugasan di laman media sosial Facebook pada Isnin.
Perintah reman terhadap penganggur berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz bermula hari ini sehingga 14 Oktober bagi membantu siasatan pihak polis polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitenden Shamsudin Mamat menjelaskan, lelaki itu ditahan selepas polis menerima satu laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Petani semalam berhubung satu hantaran melalui media sosial Facebook pada Isnin.
Dalam hantaran Facebook itu, pemilik akaun berkenaan memuat naik status bergambar empat anggota polis trafik sedang bertugas.
Bagaimanapun, pemilik akaun itu kemudian membalas komen pada status berkenaan dalam Bahasa Mandarin diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris yang berunsur jelik dan menimbulkan fitnah terhadap empat anggota berkenaan.
Menurutnya, empat anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang dimaksudkan adalah sebahagian daripada penugasan Snap Check bagi Op COVID-19.
Keempat-empat mereka ketika kejadian sedang melakukan tugasan di Jalan Hospital Pakar Metro, Taman Berangan, Sungai Petani pada 12 Oktober.
Tambah beliau, pihaknya mendapati pemilik akaun FB berkenaan dilihat sengaja melontarkan hinaan melalui ruangan komen dengan niat mencemarkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jelasnya, pihaknya turut dirampas sebuah unit telefon bimbit jenama Oppo F9 yang dipercayai digunakan untuk tujuan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Abd Hadi Che Awang
Tue Oct 13 2020

Kes tertuduh (berbaju merah) disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Dua remaja ditahan, muat naik video kata kesat terhadap polis
Dua remaja lelaki ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Khamis lalu.

Penganggur ditahan hina polis di TikTok
Polis Johor Bahru Selatan menerima maklumat berhubung video yang tular itu pada jam 5 petang sebelum berjaya menahan lelaki tersebut.

Hina PDRM: Pemilik akaun Twitter diminta tampil bantu siasatan
Polis meminta pemilik akaun Twitter 'zulisfine' tampil membantu siasatan berhubung kenyataan tular dikongsi melalui akaun berkenaan yang didakwa berunsur penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia.

Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela
Mahkamah Tinggi mengenepikan sepina yang dikeluarkan kepada TPR Raja Rozela untuk memberi keterangan dalam proseding terhadap Lokman Adam.

Lelaki hina polis dalam video tular ditahan
Lelaki berusia 29 tahun itu merakam video secara langsung sambil membuat provokasi kepada pegawai yang mengeluarkan kompaun kepadanya kerana tidak memakai pelitup muka.

Lelaki hina polis dalam Facebook direman empat hari
Lelaki itu ditahan selepas polis menerima satu laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Petani pada Isnin (12 Oktober).

Hina pasukan polis, Asri Janggut ke Bukit Aman
Kenyataan telah direkodkan oleh pegawai penyiasat dari unit siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Hina PDRM, ATM: Asri Janggut akan dipanggil Bukit Aman
DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohd Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.

Penganggur didenda RM2,000 hina polis dalam FB berkaitan COVID-19
Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.

COVID-19: Hina polis di Facebook, mekanik didenda RM8,000
Seorang mekanik dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Seksyen Alor Setar atas kesalahan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook