KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing direman empat hari mulai hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh anggota polis dan ingkar arahan polis dalam satu insiden semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood dalam kenyataan hari ini berkata permohonan reman itu, dikemukakan bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 307 dan 188 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata selain itu, siasatan ke atas suspek turut dibuat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967, kerana melarikan diri daripada pemeriksaan serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan dan perjalanan diri yang sah.
Ku Marshariman berkata dalam insiden berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 6 petang di kawasan Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor selepas melarikan diri daripada diperiksa.
Beliau berkata polis turut merampas kenderaan dinaiki suspek iaitu sebuah kereta Proton Wira Aeroback untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata suspek sebelum itu telah diarahkan untuk berhenti bagi pemeriksaan, selepas dia didapati memandu dalam keadaan mencurigakan namun bertindak memecut dan cuba melanggar anggota bertugas, menyebabkan anggota terbabit terpaksa melepas tembakan ke arah tayar kereta suspek.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi seminit 14 saat di media sosial memaparkan kejadian sebuah MPV polis mengejar kereta di sebuah kawasan perumahan, dan seorang pemandu kereta dilihat menghentikan kenderaan sebelum berlari keluar dan dikejar polis hingga berjaya ditangkap.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
![Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648978498_Cubarempuhpolis.jpg)
Suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan dan perjalanan diri yang sah. - Gambar/ Media sosial
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
SERY antara usaha KBS untuk perusahaan sosial - Timbalan Menteri KBS
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program Social Entreprenuership Rural Youth (SERY) dianjurkan untuk meningkatkan perusahaan sosial di penempatan terpencil.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Tidak boleh hanya bergantungan pada pembangunan belia"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata agensi dan pertubuhan di Malaysia anjurkan kerjasama yang lebih strategik dan beri tumpuan kepada cabaran belia meningkat dewasa seperti pembangunan ekonomi
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Mohon peruntukan dari Kementeriaan Kewangan"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata Kementerian Kerja Raya telah melantik syarikat PBH Asset Management untuk melaksanakan penyelenggaraan Lebuh raya Pan Borneo dalam tempoh 3 tahun.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"1 peratus belum siap, melibatkan pengalihan utiliti" - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata program kolaborasi JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah bagi memastikan usaha pembangunan rakyat dapat berjalan lancar.
“99 peratus siap dan ini adalah projek kerajaan yang bernilai RM16.1 bilion”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“99 peratus siap dan ini adalah projek kerajaan yang bernilai RM16.1 bilion”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722843615_keslemaskedah.jpg)
Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas
Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Padang Terap, selepas panik dengan kehadiran polis yang melakukan serbuan dadah di kawasan itu, ditemukan lemas pada Isnin.
![Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722837649_lemasSAR.jpg)
Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas
Seorang lelaki berusia 40-an yang cuba melarikan diri daripada ditahan polis dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa dekat Pokok Sena semalam.
![Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721816220_PDRM.jpg)
Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas.
![Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722069564_TBLariPolis.jpg)
Pasangan kekasih lari pemeriksaan polis ditahan
Pasangan kekasih dipercayai berada di bawah pengaruh dadah berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas Skudai, pada Rabu.
![Pemandu lari daripada polis, terjun Jambatan Pulau Pinang didenda RM2,800 Pemandu lari daripada polis, terjun Jambatan Pulau Pinang didenda RM2,800](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702532730_MohammadDzahirAbdu.jpg)
Pemandu lari daripada polis, terjun Jambatan Pulau Pinang didenda RM2,800
Seorang penganggur dikenakan hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini selepas didapati bersalah menghalang tugas polis pada 9 Disember lalu.
![Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684754999_Handcuffedwomen.jpg)
Wanita lari daripada polis, pandu secara berbahaya di Bangi ditahan
Seorang wanita ditahan selepas memandu kereta secara berbahaya bagi melarikan diri daripada polis dalam satu kejadian di Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini semalam.
![Lelaki cuba lari pemeriksaan polis, disyaki curi 25 batang kabel diberkas Lelaki cuba lari pemeriksaan polis, disyaki curi 25 batang kabel diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613810699_kabelTelekom.jpg)
Lelaki cuba lari pemeriksaan polis, disyaki curi 25 batang kabel diberkas
Suspek memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Sungai Chua dan memecut sehingga di SKVE ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan.
![Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660808299_HANDCUFF.jpg)
Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis.
![3 PATI cedera kereta masuk parit ketika lari daripada polis 3 PATI cedera kereta masuk parit ketika lari daripada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655282985_TBPATIPARIT.jpg)
3 PATI cedera kereta masuk parit ketika lari daripada polis
Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor.
![Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51648978498_Cubarempuhpolis.jpg)
Lelaki ingkar arahan, cuba rempuh polis direman empat hari
Seorang lelaki warga asing direman empat hari mulai hari ini bagi membantu melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh anggota polis dan ingkar arahan polis dalam satu insiden semalam.