PARIT BUNTAR: Seorang lelaki yang ditahan kerana membunuh ibu kandung sendiri dengan mengerat kepada 15 bahagian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan membunuh bulan lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ng Yu Lim, 42, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.
Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan membunuh iaitu dengan menyebabkan kematian ke atas Ong Suan Bee, 68, antara jam 2.30 pagi hingga 3 pagi di sebuah rumah di Taman Kerian pada 26 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Julai depan bagi mendapatkan laporan perubatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
BACA: Ibu dikerat 15, dibuang dalam tangki kumbahan
BACA: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis
Media melaporkan penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia dalam tangki kumbahan kira-kira jam 3.30 petang pada 4 Jun lalu.
Kes pembunuhan kejam itu terbongkar selepas jiran terhidu bau busuk yang luar biasa dari rumah wanita itu sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Mangsa dilaporkan hilang oleh anak perempuannya sejak 28 Mei lalu dan penemuan cebisan daging itu membawa kepada penahanan suspek yang merupakan anak sulung mangsa untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal dijalankan mendapati, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental telah bertindak kejam akibat rasa tidak berpuas hati terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya yang telah meninggal dunia 12 tahun lalu.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 14 2022
Yu Lim didakwa membunuh ibu kandungnya di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Bunuh ibu guna kapak sebab tak belikan motosikal
Suspek mengambil kapak lantas memukul ibunya hinggalah wanita itu maut sebelum membawa mangsa itu ke sebuah rumah kosong.
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya pada Selasa lalu.
Pemuda tikam ibu kandung direman tujuh hari
Mahkamah Majistret di sini pada Khamis membenarkan perintah reman tujuh hari terhadap pemuda yang dipercayai menikam ibu kandungnya dalam kejadian di Felda Ayer Hitam.
Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas
Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Mayat dalam peti sejuk: Polis tahan lelaki tempatan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan ibunya di sebuah kediaman di Taman OUG di sini pada Selasa.
[KEMAS KINI] Lelaki bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku sejak 2021
Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
Hukuman mati lelaki bunuh ibu kandung diganti dengan penjara 40 tahun
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut mengenakan 12 sebatan ke atas Mohammad Firdaus Ismail.