Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui lemas selepas terperangkap di dalam saluran air ketika menangkap ikan di Kampung Bukit Petai, Tikam Batu, dekat sini, pada Sabtu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Yacob Ishak berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 pagi namun bomba hanya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.34 pagi.
Mayat mangsa, Ahmad Rizuan Abd Aziz berasal dari Kampung Bendang Baru, Kuala Nerang, berjaya ditemui pada pukul 1.48 tengah hari dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
"Kami terpaksa mengepam keluar air yang terdapat di dalam saluran air itu sebelum anggota penyelamat dapat masuk dan membawa mangsa keluar," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.
Yacob berkata mangsa dikatakan datang ke kawasan terbabit untuk menangkap ikan bersama dua lagi rakannya, Mohd Taufik Ramli, 22, dan Mohd Zuhairi Mahmud, 23.
"Mangsa dipercayai terperangkap di dalam saluran air, antara tali air dan bendang, yang mana saluran itu dianggarkan sepanjang 80 kaki dan seluas empat kaki, selepas air secara tiba-tiba melimpah memenuhi saluran itu," katanya.
Difahamkan, mereka bertiga yang biasa dengan kawasan itu, sudah mengepam keluar air yang berada di dalam saluran itu sebelum masuk, bagaimanapun disebabkan limpahan air secara tiba-tiba, Ahmad Rizuan terperangkap di dalam air manakala Mohd Taufik sempat ditarik keluar oleh Mohd Zuhairi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Mohd Sabri Muhamad ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
"Mangsa dikatakan masuk dari laluan lain ke dalam saluran air itu, manakala rakannya memasuki laluan bertentangan. Seorang berjaya diselamatkan manakala mangsa terperangkap di dalamnya," katanya.
Mohd Taufik kini ditempatkan di HSAH dan keadaannya dilaporkan stabil.
Bernama
Sun Dec 27 2015

Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu mengeluarkan mayat mangsa lemas Ahmad Rizuan Abd Aziz selepas terperangkap dalam pembetung air ketika mencari ikan, dekat Batu Lintang, Tikam Batu pada Sabtu. - Gambar Bernama

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Lelaki lemas terperangkap di dalam saluran air sewaktu menangkap ikan
Seorang lelaki berusia 35 tahun ditemui lemas selepas terperangkap di dalam saluran air ketika menangkap ikan di Kampung Bukit Petai, Tikam Batu, dekat sini, pada Sabtu.