JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini, baru-baru ini, direman selama lima hari, bermula hari ini.
Tempoh reman sehingga 13 Ogos terhadap peniaga berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret R. Salini, di sini hari ini.
Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menahan lelaki terbabit di Jalan Putih, di sini, pada jam12.45 tengah hari.
Ketua Polis Daerah JBU, ACP Rupiah Abd Wahid berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat ibu kepada bayi perempuan itu pada 6 Ogos lepas.
Beliau berkata, wanita berusia 29 tahun itu mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah kenalan adik perempuannya dan kejadian berlaku ketika dia bersama bayinya, adik perempuan serta lelaki terbabit berada di sebuah restoran.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang lelaki meletakkan vape pada mulut bayi yang sedang dipangkunya itu di media sosial. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Seorang lelaki yang dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, Johor Bahru direman selama lima hari, bermula hari ini. - Gambar media sosial
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
Lelaki letak vape pada mulut bayi direman lima hari
Laporan dibuat oleh ibu bayi berkenaan terhadap suspek yang juga kenalan kepada adik perempuan pengadu.