KEPALA BATAS: Lelaki yang ditahan berhubung penemuan satu bungkusan mengandungi bahan letupan buatan sendiri (IED) di Mak Mandin dekat sini pada Ahad lepas, dipercayai telah bertindak meletupkan bahan itu di hadapan rumah jirannya kerana marahkan keluarga terbabit.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki tempatan berumur 32 tahun itu bertindak sedemikian kerana mendakwa lelaki warga emas yang merupakan jirannya sering memerlinya.
"Suspek mendakwa jirannya selalu perli dirinya dan sebab itu bertindak meletupkan bahan itu bagi menakutkan serta memberi amaran kepada jiran berkenaan.
"Suspek meletakkan bahan letupan terbabit di hadapan rumah jirannya di tingkat empat Flat Taman Pandan itu sebelum meletupkannya sehingga menyebabkan bahagian jeriji besi pintu rumah dan koridor di situ rosak akibat letupan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Asri berkata kejadian letupan itu bagaimanapun tidak menyebabkan penghuni rumah berkenaan cedera.
Beliau berkata polis ketika ini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada lelaki yang ditahan itu terlibat dengan jenayah lain kerana selain IED, pihaknya turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan kerambit daripadanya.
"Siasatan terperinci termasuk melibatkan pasukan polis dari Bukit Aman (ke sini) sedang dijalankan bagi mengenal pasti latar belakang lelaki itu dan sejauh mana dia mempunyai kemahiran untuk menghasilkan bahan letupan terbabit sama ada untuk jenayah atau dijual kepada sesiapa," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja kilang itu bertindak sendirian termasuk menghasilkan sendiri IED itu dengan cara mempelajari daripada YouTube, manakala bahan-bahannya diperoleh melalui pembelian dalam platform e-dagang.
"Setakat ini, polis mendapati dia menghasilkan bahan letupan itu sendirian dan tidak terlibat dengan mana-mana rangkaian sindiket jenayah. Kami juga sedang jalankan siasatan lanjut terhadap rakan serumahnya iaitu wanita warga Indonesia berusia 38 tahun yang ditahan bersama lelaki tersebut," katanya.
Semalam, polis menahan seorang lelaki tempatan dan rakan serumahnya seorang wanita warga asing susulan penemuan satu bungkusan mengandungi IED di tingkat empat Flat Taman Pandan selepas pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdengar bunyi letupan di hadapan sebuah rumah pada 12.57 tengah hari, Ahad.
Hasil pemeriksaan mendapati bahan letupan terbabit ialah improvised explosive device (IED) dan polis kemudiannya menahan mereka sebelum menemukan satu lagi IED, selain sepucuk pistol buatan sendiri dan kerambit serta peralatan untuk membuat bahan letupan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Mohd Asri berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki tempatan berumur 32 tahun itu bertindak sedemikian kerana mendakwa lelaki warga emas yang merupakan jirannya sering memerlinya. - Gambar fail/Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Lelaki letupkan IED di hadapan rumah jiran kerana marah diperli
Lelaki yang ditahan dipercayai bertindak meletupkan bahan IED itu di hadapan rumah jirannya kerana marahkan keluarga terbabit.