Seorang lelaki Myanmar maut selepas terjatuh dari Pangsapuri Miharja di Jalan Loke Yew, Cheras, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Khai Pi, 25, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam di kawasan tempat letak kereta flat berkenaan selepas mereka terdengar bunyi objek jatuh.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati mangsa datang ke pangsapuri berkenaan untuk bercuti di rumah rakan senegaranya dan mereka minum minuman keras di sebuah kedai berhampiran.
"Selepas kembali ke rumah, rakan mangsa masuk tidur dan mangsa disyaki memanjat balkoni dari tingkat tiga sebelum terjun ke bawah bangunan.
"Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang objek atau senjata yang disyaki dan kematiannya tiada unsur-unsur jenayah," katanya ketika dihubungi.
Rakaman percakapan dengan rakan mangsa juga tidak menunjukkan mangsa mengalami masalah kewangan atau gangguan mental.
Mayat mangsa di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Hakim Rahman
Tue Dec 08 2015

Mangsa yang dikenali sebagai Khai Pi, 25, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam di kawasan tempat letak kereta flat berkenaan. - Gambar hiasan

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bintang Smallville ditahan, memandu dalam keadaan mabuk
Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kes mengamuk guna parang di Telok Panglima Garang
Seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang gara-gara ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya di Telok Panglima Garang di sini pada Sabtu.

Memandu dalam keadaan mabuk, jurulatih badminton didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal
Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.

Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.

Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.

Wanita maut dibakar suami sendiri
Seorang wanita maut dipercayai dibakar suaminya sendiri dalam kejadian di Kampung Tinagalan, Sook, dekat Keningau Jumaat lalu.

Berang pasang muzik kuat, lelaki kelar leher rakan
Seorang lelaki warga Myanmar diberkas selepas dipercayai mengelar leher rakannya menggunakan pisau pemotong sayur di sebuah asrama pekerja di Jalan Pantai Puteri, pada petang Khamis.

Anak bunuh bapa mabuk di Port Dickson
Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh anak lelakinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman DAmbang Kota, Lukut di sini tengah malam tadi.

Berenang dalam keadaan mabuk, lelaki warga Nepal ditemukan lemas di lombong
Mangsa ke lokasi kejadian bersama dua rakannya sebelum bertindak terjun dan berenang di lombong berkenaan seorang diri.

Baik pulih trek joging, pantau individu mabuk waktu malam di Padang Ipoh
Terdapat aduan yang mendakwa padang itu menjadi tempat segelintir pihak meneguk arak dan mabuk pada malam hari.