SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 26 tahun ditemukan maut dalam kenderaannya hari ini selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jambatan Sungai Mamanjang 50 kilometer (km) dari sini.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata kejadian pada 1.15 petang tadi berlaku ketika air sungai tersebut melimpah susulan hujan lebat.
"Siasatan awal polis mendapati mangsa Kahar Asis keluar dari rumahnya hendak ke tempat kerja di kilang minyak sawit Ladang Hassan dengan menaiki kenderaannya selepas rehat makan tengah hari.
"Mangsa dipercayai meredah kawasan tersebut dan akhirnya dihanyutkan oleh arus deras ke dalam sungai bersama kenderaannya," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Menurut Azhar, mayat mangsa ditemukan dalam kenderaannya kira-kira 30 meter dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk bedah siasat.
Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran bersama agensi penyelamat lain mengeluarkan kenderaan jenis Proton Iswara itu menggunakan jentera jengkaut.
Justeru, Azhar menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil risiko dengan meredah arus deras ketika paras air semakin meningkat susulan hujan lebat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
![Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646149829_mayat.jpg)
Mayat mangsa ditemukan dalam kenderaannya kira-kira 30 meter dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737122515_TBBanjirPPS.jpg)
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
![Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705304888_banjir.jpg)
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
![Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705290448_banjir.jpg)
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
![Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702949781_banjir.jpg)
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
![Banjir di Sabah pulih sepenuhnya Banjir di Sabah pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695799982_MangsaBanjir.jpg)
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
![65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah 65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674576094_PPS.jpg)
65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah
Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.
![Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667312461_TBBANJIRLUMADAN.jpg)
Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan
Setakat ini tiada lagi PPS yang dibuka memandangkan air telah mula surut sekitar pukul 5 petang tadi.
![Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646149829_mayat.jpg)
Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan
Seorang lelaki berumur 26 tahun ditemukan maut dalam kenderaannya hari ini selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jambatan Sungai Mamanjang 50 kilometer (km) dari sini.
![Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641145179_MANGSABANJIRSABAH.jpg)
Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.
![Banjir: Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut Banjir: Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641136646_mayat.jpg)
Banjir: Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut
Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut.