Seorang lelaki maut dilanggar tren KLIA Ekspres ketika sedang melintas di landasan kereta api belakang Stesen LRT Sungai Besi, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 6.07 pagi itu, mangsa Lee Ah Lai, 58, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selain putus kaki kanan.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin, berkata pemandu kereta api laju itu tidak menyedari telah melanggar mangsa.
"Pemandu hanya perasan ada melanggar satu 'objek' ketika dalam perjalanan dari KL Sentral ke KLIA namun tidak pasti apa objek berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Pemandu itu kemudiannya memaklumkan kepada pusat kawalan KLIA Ekspres yang kemudiannya mengarahkan pemandu kereta api seterusnya memeriksa kawasan itu ketika melalui laluan berkenaan dan menemui mayat mangsa di tepi longkang.
"Petugas pusat kawalan KLIA Ekspres kemudian memaklumkan kejadian kepada polis jam 8.30 pagi. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa tercampak kira-kira 25 meter ke longkang dari lokasi rempuhan.
"Kepala mangsa pecah, gigi bertaburan serta kaki kanannya separas lutut putus dan sehingga kini belum ditemui," katanya lagi.
Beliau berkata, polis percaya mangsa cuba melintas di laluan berkenaan dari LRT Sungai Besi melalui satu pintu pagar yang tidak ditutup rapi.
Pihaknya juga percaya mangsa adalah pesakit psikiatri selepas menemui satu kad rawatan dari Klinik Psikiatri Hospital Bukit Mertajam yang tertera nama mangsa.
Hakim Rahman
Mon Apr 11 2016
Mangsa Lee Ah Lai, 58, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selain putus kaki kanan.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Murid prasekolah maut dilanggar van sekolah
Seorang murid prasekolah maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, hari ini.
Kuda mati dilanggar pacuan empat roda di Selayang
Seekor kuda mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, Selayang, kira-kira 6.30 pagi tadi.
Lelaki rempuh anggota JPJ miliki lapan rekod lampau
Seorang anggota penguat kuasa JPJ cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.
PRU15: Kenderaan petugas pasang bahan kempen BN diekori, dilanggar
Sebuah kereta digunakan untuk menjalankan kerja memasang bahan kempen BN diekori dan dilanggar dari belakang di beberapa lokasi di Johor.
Selisih faham di bar, dua lelaki cedera dilanggar
Dua lelaki cedera selepas dilanggar dengan kereta oleh seorang lelaki lain dipercayai akibat perselisihan faham yang berlaku di sebuah bar.
Isteri maut dilanggar kereta suami
Seorang lelaki warga emas tidak sedar kereta yang dihidupkan masih dalam keadaan bergear, menyebabkan kenderaan tersebut terlanggar isterinya yang berada di hadapan.
Anggota polis maut dilanggar kereta dipandu lelaki mabuk
Suspek yang berusia 58 tahun kini ditahan dan hasil saringan ujian nafas EBA II didapati positif alkohol serta melebihi had yang dibenarkan.
Wanita warga emas maut basikal dilanggar ketika pulang beli sayur di pasar
Pawan Abdul, 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
Anggota polis cedera dilanggar kereta bekas ADUN Pulau Pinang
Mangsa mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kanak-kanak lelaki retak tulang kaki dilanggar kereta ketika bermain
Akibat pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.